Fazura Kongsi Video Fatima Tengah Bersin, Kaletah Comel Raih Perhatian

Sebelum ini Aktres jelita Nur Fazura mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah anaknya, Nur Fatima Aisya walaupun hanya kelihatan sebahagian tepi.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto anaknya sedang nyenyak tidur berbantalkan tilam bayi empuk untuk tatapan umum.

“Selasa sangat sampai Fatima akan tidur di sini. Saya dan daddy boleh tenangkan dan selesakan Fatima dengan mudah bila dia menangis pada waktu malam,” tulis Fazura di bahagian kapsyen.Menerusi perkongsian itu lagi, Fatima mengenakan persalinan warna merah jambu lengkap bertopi dan memakai stokin.

Foto ini juga merupakan pertama kali Fazura mendedahkan wajah anaknya sejak Fatima lahir pada 2 Oktober lalu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila penantian mereka melihat wajah Fatima berakhir meskipun hanya sipi-sipi.

Ramai yang memuji wajah Fatima dan aksi manjanya di samping ibu.

“Baby Fatima sangat cute dan mommy Fazura sangat cantik!” puji seorang wargamaya.

“Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah,” kata seorang wargamaya.

“Alololo finally, assalamualaikum Nur Fatima Aisya,” ujar seorang wargamaya.

“Finally Fatima tunjuk muka. Sipi-sipi pun buat peminat gembira. Cutenya! Mommy pun cantik,” tulis seorang wargamaya.

“Macam muka Fattah Amin je,” usik seorang wargamaya.

“Dah lama saya tunggu nak tengok baby Faz. Assalamualaikum Fatima, alolo cutenya,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikut Fazura.

Selebriti cantik, Fazura ada berkongsi sepotong video pendek sambil memangku permata hatinya, Nur Fatima Aisya menerusi Instagram.

Video kandid dalam durasi kurang 10 saat itu merakamkan Fatima tiba-tiba bersin lalu disambut sapaan lembut daripada ibunya.

“Allah! Oh Fatima,” tulis Fazira bersama beberapa emoji pada ruangan kapsyen.

Anda boleh Follow Page Nur Fatima Aisyah di bawah untuk melihat video telatah baby Fatima bersin yang memang comel

Lalu, video yang setakat ini sudah menerima hampir 500,000 tontonan itu mencuri perharian warganet yang seterusnya memberikan respon masing-masing.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu telah berkongsi berita gembira dengan memaklumkan cahaya mata sulung mereka sudah dilahirikan sempurna dan sihat.

Sementara itu seminggu selepas kelahiran, pasangan selebriti ini turut mengumumkan nama anak mereka pada akaun Instagram, @fattzuralovelife.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.

Wajah anak Fazura, Fattah viral

Rutin kehidupan aktres popular, Nur Fazura berubah 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupannya. Hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.

Memiliki suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga cukup membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu sempurna.

Jika sebelum ini masanya banyak dihabiskan dengan kerjaya lakonan ataupun bisnes yang diusahakan, kini selepas bergelar ibu, kehidupan pelakon filem Dendam Pontianak ini berubah serta-merta.Berkongsi detik itu bersama BH Online, Fazura mengakui, seronok dengan gelaran baru digalasnya itu.

“Tidak dinafikan, pengalaman kali pertama menjadi ibu sangat mencabar. Ini kerana banyak perkara yang saya belum tahu terutama apabila anak menangis malam. Ketika awal kelahiran, Fatima kerap bangun malam untuk menyusu.

“Jika menangis pun, sebab nak menyusu. Saya bersyukur Fatima bukannya jenis yang banyak meragam, tak susah untuk menjaganya. Saya bernasib baik mama dan ibu mentua banyak membantu sejak saya bersalin, berpantang hinggalah sekarang.

“Kini, selepas tiga bulan melahirkan, saya sudah boleh membiasakan diri dengan rutin harian. Saya seronok menjalankan tugas seorang ibu,” katanya.

Pengalaman kali pertama bergelar ibu agak mencabar buat Nur Fazura apabila puterinya, Nur Fatima Aisya menangis malam mahu menyusu. – Foto IG Nur Fazura

Malam tahun baharu lalu, Fazura dan suaminya, Fattah Amin buat julung kalinya mendedahkan wajah buah hati pengarang jantung mereka kepada umum menerusi akaun Instagram (IG) rasmi termasuk IG yang memaparkan kehidupan keluarga kecil iaitu @fattzuralovelife.

LIKE Follow Page Nur Fatima Aisyah

Menerusi foto itu, Fazura menggendong puteri kesayangan yang mengenakan gaun berenda rona krim dan bertopi dengan warna senada. Seperti dijangka, gambar keluarga bahagia itu pantas menjadi tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Mengulas perkara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu dan Bisa Apa itu berkata, keputusan mendedahkan wajah puteri kesayangan itu dibuat atas permintaan peminat yang tidak sabar melihat cahaya mata mereka.

“Kalau diikutkan, saya dan Fattah tidak merancang mendedahkan wajah Fatima dalam masa terdekat ini. Namun, atas permintaan peminat dan menghargai setiap doa diberikan, jadi kami mengambil keputusan untuk menunaikan janji berkongsi wajah Fatima bersama insan sekelilingnya.

“Kami pilih untuk berkongsi pada jam 12 malam kerana pada tarikh 1 Januari 2021, jatuh pada Jumaat. Fatima juga lahir pada Jumaat. Lagipun, selepas tiga bulan dilahirkan, kami berasakan tempoh ini sudah cukup sesuai untuk kami berkongsi kegembiraan bersama peminat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Foto: Instagram Fazura

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fazura Kongsi Video Fatima Tengah Bersin, Kaletah Comel Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*