Alyah Tak Sangka Bisnes Karipap Laku Keras

Tidak dinafikan, ramai selebriti memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan berniaga, termasuklah, penyanyi Datin Alyah yang turut menjual karipap.

Pada awalnya hanya sekadar membuat untuk makan petang, Alyah berkata dia tidak menyangka perniagaan karipap mentah yang dijualnya mendapat sambutan baik.

“Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka live di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu bolehlah tempah.

“Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan sedikit saja tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.

“Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki utnuk tambah pendapatan dalma fasa pendemik ini. Saya terima tembahan selama beberapa hari dan Alhamdulillah, sambutan diterima cukup positif,” katanya.

Dalam pada itu, Alyah berkata suaminya, Datuk Ramli MS menyokong serta menyambut baik usaha yang dilakukannya malah turut memintanya untuk membuat bisnes tersebut secara serius.

“Suami menyokong memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya buat bisnes ini secara serius.

“Malah, dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini tidaklah saya nak hadkan kerjaya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Alyah Tak Sangka Bisnes Karipap Laku Keras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*