Anak Bertunang Dgn Elisya Sandha, Sekali Sheila Rusly Ded4h Bila Mereka Akan Nikah

Penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly mengucapkan rasa syukur selepas majlis pertunangan anak sulungya Uzair Haqimy dan pelakon Elisya Sandha berjalan lancar.

Sheila berkata, ketika ini perasaannya berc4mpur b4ur dan sukar hendak diluahkan dengan kata-kata, tambahan lagi apabila anak sulungnya melangkah ke fasa baru dalam hidupnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

“Alhamdulillah. Tidak terluah dengan kata-kata perasaan saya ketika ini. Semuanya bercampvr bavr. Macam-macam peras4an ada.

“Tetapi sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Apa tah lagi mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu ser1us seperti hari ini,” katanya.

Uzair dan Elisya selamat bertunang pada Ahad, kira-kira pukul 3.30 petang dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman Fasha Sandha.

Pada majlis serba sederhana tersebut hanya 15 orang tetamu hadir mewakili kedua-dua belah keluarga.

Pihak lelaki telah menyerahkan sebentuk cincin tanda, dengan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Ditanya mengenai tarikh pernikahan Uzair dan Elisya, Sheila memberitahu jika mengikut perancangan dan persetujuan kedua-dua belah keluarga, pasangan tersebut akan disatukan pada tahun hadapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan.

Bagaimanapun Sheila merahs1akan jumlah hantaran kepada Elisya.

Dalam pada itu Sheila turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa buat dirinya terutama Uzair dan Elisya.

“Semoga urusan kami untuk langkah yang seterusnya dipermudahkan,” kata Sheila.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Bertunang Dgn Elisya Sandha, Sekali Sheila Rusly Ded4h Bila Mereka Akan Nikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*