Warga Emas Di Tinggalkan Di Surau Oleh Ahli Keluarga Sendiri, Ini Umpan Yg Mereka Guna

SUBANG JAYA – Pujukan ahli keluarga mengajak seorang warga emas keluar rumah kononnya untuk solat berjemaah rupanya helah bagi meningg4lkan lelaki berkenaan di sebuah surau di Klang.

Perkara itu dibongkarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang segera bergegas ke surau berkenaan selepas menerima maklumat mengenai warga emas yang dilaporkan tidur di surau berkenaan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook, LZS memaklumkan warga emas lelaki terbabit ditemui dalam keadaan lapar, kelet1han dan mengalami sak1t kaki ak1bat jangk1tan kum4n.

“Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah surau, kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi k3s C0v1d-l9 buat masa ini.

“Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, warga emas berkenaan memaklumkan dia tidak mempunyai zuriat kerana belum pernah berkahwin.

Sebelum ini, warga emas berkenaan dijaga oleh anak saudaranya namun sejak kesihatannya semakin meros0t ditambah dengan suasana tidak menentu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli keluarga yang menjaganya meninggalkannya di surau tersebut.

“Pilu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian.

“Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan. Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau,” katanya.

LZS memaklumkan, warga emas berkenaan kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil.

“Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau.

“ Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.

5 PERKARA SEORANG AYAH TAK PERNAH BERITAHU KITA

Berikut adalah beberapa perkara yang tak pernah ayah beritahu kita, walaupun mereka dalam keadaan susah sekalipun.

1. AYAH TAK CUKUP DUIT

Setiap bulan, mereka akan memikirkan keperluan rumah, keperluan dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan mereka. Kita mungkin tak tahu, dalam poket ayah cuma ada RM10 sewaktu kita telefon minta wang semasa di universiti.

Bila awal bulan, memang seronok dapat gaji. Tapi bila ditolak-tolak kesemuanya, semua harapan untuk membeli apa saja kemahuan mereka terpaksa ditunda lagi. Hinggalah mereka melupakan terus hasrat tersebut sampai ke hari ini.

2. AYAH KECEWA BILA TAK DAPAT BELIKAN MAINAN YANG KITA MINTA

Ayah mahu gembirakan kita. Kalau boleh, satu kedai mainan mahu diberikan kepada kita. Tapi tentulah ada masanya dia perlu mendidik kita.

Ada masanya pula, kewangan tak mengizinkan. Ayah rasa bersalah sangat bila tak dapat bawa balik mainan yang diminta oleh kita adik-beradik. Kalau dapat duit lebih, benda itulah yang pertama sekali ayah nak beli. Bukan barang lain.

3. AYAH MAHU DEKAT DENGAN KITA

Ayah mungkin nampak kekok apabila berbual dengan kita. Tapi sebenarnya mereka mahu hadir dalam hati kita. Kalau boleh, mereka mahu menghentikan masa supaya mereka dapat sentiasa ada dengan anak-anak dan melihat semua seperti apa yang dilihat oleh mata ibu – langkah pertama kita, perkataan pertama kita, dan berkongsi detik gembira dengan kita.

4. AYAH DAH CUBA SEHABIS BAIK UNTUK KELUARGA

Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.

Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.

5. AYAH PENAT

Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.

Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.

Kredit:SinarHarian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsangat.pw

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Warga Emas Di Tinggalkan Di Surau Oleh Ahli Keluarga Sendiri, Ini Umpan Yg Mereka Guna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*