Daiyan Trisha Beri Sesuatu Untuk Buat Ibu Bapanya, Ini Pemberiannya Buat Ramai Tak Sangka

Setiap anak pasti mahu berikan yang terbaik buat ibu bapa yang berkorban untuk membesarkan kita. Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha berkongsi rasa bahagia menghadiahkan kereta mewah buat ibu bapanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Daiyan meluahkan rasa syukur impiannya untuk menghadiahkan sebuah kereta jenama Mercedes Benz sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya akhirnya tercapai.

“Saya menempah kereta itu sejak Disember tahun lalu dan Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberikan kejvtan kepada ibu bapa saya semalam sebagai hadiah ulang tahun mereka.

“Berahsia mengenainya selama beberapa bulan sangat susah. Ditambah, dengan pelaksanaan PKP yang kedua ini, jadi rasa masa tidak sesuai. Tapi, saya fikir sampai bila lagi masa yang sesuai?” katanya.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, Daiyan berkata tujuan dia berkongsikan perkara itu sebagai tanda sayang serta membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita.

“Tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka dan lakukan yang terbaik untuk membalas jasa mereka. Takkan pernah cukup, tapi sekurangnya kita cuba,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Daiyan Trisha Beri Sesuatu Untuk Buat Ibu Bapanya, Ini Pemberiannya Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*