Netizen Sekali Lagi Kecewa Bila Terpaksa Semak Semula Status i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meminta kepada pemohon i-Sinar untuk menyemak semula status permohonan selepas terdapat masalah teknikal.

Kenyataan yang dibuat tengah malam tadi hadir beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” kata kenyataan tersebut.

Pemohonan Kategori 2 adalah melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Laporan ini semestinya mendapat pelbagai reaksi netizen, kebanyakan daripada pemohon menyatakan sudah gembira apabila status i-Sinar mereka sudah diluluskan.

Namun apabila mereka menyemak semula pagi ini, ada ahli yang permohonannya masih dalam proses.

Tidak pasti bagaimana masalah ini boleh terjadi, namun diharapkan KWSP memudahkan para ahlinya yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri

Sayu Apabila Isteri Cerita Tentang “Arwh” Suami Teringin Nak Keluar DUIT KWSP

MALAYSIA: Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial.

Terbaru tular beberapa hari lepas kisah mengenai sebuah keluarga yang mana suaminya tidak sempat untuk merasa wang KWSP apabila ajal memanggil terlebih dahulu.

Kisah ini diceritakan oleh Ariahni Eny pada 28 Januari yang lalu. Menurutnya sebelum suaminya mnngal dunia dia sibuk menyuruh Ariahni untuk memohon KWSP dia (suaminya).

Nak buat repair rumah dan bayar hutang. Sanggup suaminya telefon kawan-kawan dia ambikkan gambar dan slip gaji dia. Nak cuba untuk mohon kali ke-2. sebab kali pertama dalam proseses jadi mereka mahu mohon untuk kali ke-2.

Hantar dokume, tepat jam 12 malam. Arrwwh suami suruh dia buat tapi tak boleh sebab sistem ketika itu tergendala. Pada jam 1 lebih arrwwh kejut suruh buat sekali lagi. Tapi ketika itu masih lagi tergendala.

Katanya susah betul untuk dapatkan duit sendiri. Bermacam-macam syarat. Pada pukul 6 lebih kata Ariahni dia terbangun tengok suami dah terbaring. Sebab selama ini, arrwh suaminya memang tidak pernah tidur baring.

Dia akan tidur duduk, Allahuakbar, perasaan terus jadi tak sedap ambik henfon dan bukan “touchlight” Tengok sudah tidak bergerak. Buka lampu, kejut arrwwh memang dah tak bangun katanya. Arrwh dan mennggalkan aku dan 4 orang anak kami untuk selamanya.

Patutlah malam itu dia suruh aku bersungguh-sungguh untuk mohon KWSP dia. Al fatihah (dibaca) semoga arrwh suami aku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang di sana. AMinn. Tulis Ariahni Eny.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/neti-keno-koe-kwsp/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Netizen Sekali Lagi Kecewa Bila Terpaksa Semak Semula Status i-Sinar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*