HASRAT pelakon Fauziah Nawi membawa isu melibatkan anak seni yang terkesan akibat pendam1k Cov1d-19 ke pengetahuan pihak Istana Negara terlaksana pada pagi Rabu.
Menurut Fauziah, 68, dia bersama 11 orang wakil penggiat seni berbesar hati apabila diberi peluang mengadakan perbincangan dengan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.
Pelakon filem Sayang Salmah itu juga berkata, isu yang dibincangkan itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Saya sebenarnya berbesar hati apabila pihak Istana Negara call ajak datang untuk berbicara mengenai isu berkaitan anak seni dan dalam pertemuan itu, kami berikan sebab-sebab untuk membenarkan kami anak seni kembali bekerja.
“Orang macam kami (penggiat seni), ada kerja, baru ada gaji. Tidak ada kerja, tak adalah gaji.
Fauziah Nawi bersama 11 penggiat seni di Istana Negara pada pagi Rabu.
“Saya bukan mewakili diri saya sahaja sebaliknya semua anak seni lain seperti pemuzik, penggiat teater, penari, kru belakang tabir dan juga pelakon,” katanya ketika dihubungi mStar.
Fauziah turut menegaskan pertemuan tersebut bukanlah bagi mendapatkan bantuan khas sebaliknya hanya meminta pihak berkaitan memberikan kebenaran kepada anak seni kembali bekerja seperti biasa.
Orang macam kami (penggiat seni), ada kerja, baru ada gaji. Tidak ada kerja, tak adalah gaji.
FAUZIAH NAWI
PELAKON
“Anak-anak seni tidak terkecuali daripada menghadapi tekanan ekonomi sama seperti sektor perniagaan lain yang disekat untuk beroperasi sebelum ini.
“Sekiranya selepas ini dibenarkan kembali bekerja seperti biasa, sudah pasti kami akan sentiasa mengikut SOP (prosedur operasi standard) ketat yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
“Kami bukan mahu meminta bantuan khas atau apa-apa, sebaliknya nak minta boleh sambung kerja seperti biasa sahaja selepas ini,” ujarnya.
Sebelum ini, pada 4 Februari lalu, Fauziah menyuarakan hasratnya untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.
Selain Fauziah, pertemuan itu turut dihadiri oleh pengarah Rashid Sibir, penerbit Jalena Rejab, penyanyi Zureda serta pelakon Aida Aris dan Anne Abdullah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mStar
Be the first to comment on "“Orang macam kami ada kerja, baru ada gaji” – Fauziah Nawi guna saluran Istana Negara mohon penggiat seni dibenarkan kerja"