[VIDEO] “Hadiah M0tosikal Untuk Yoe Parey,” Sekali Netizen Tanya Hadiah Asif

Tidak dinafikan lagi, dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. Bahkan, jika seseorang itu ingin keberkatan pahala, jangan pernah lokek untuk berkongsi dengan orang lain.

Begitulah yang sering dilakukan oleh YouTuber popular dan pengarah muda dikenali ramai bernama Syahmi Sazli ini.

Nama pengarah berusia 26 tahun itu meraih perhatian ramai menerusi filem sulung arahannya, ‘Mael Totey The Movie’ yang ditayangkan tahun lalu.

Bukan itu sahaja, ideanya mengangkat golongan istimewa menjadi pelakon utama dalam filem arahannya membuatkan ramai yang kagum anak jati Kelantan tersebut.

Terbaru, Syahmi berbesar hati menghadiahkan dua buah motosikal Y15 buat rakan-rakan istimewanya iaitu Yoe Parey dan Bedol, yang juga merupakan pelakon utama dalam karya-karya arahannya.

Perkara tersebut dikongsi menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Syahmi di laman sosial Instagram miliknya, @syahmisazli.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat Syahmi membeli dan menghantar sendiri motosikal-motosikal tersebut ke rumah Yoe dan Bedol.

Sebaik Syahmi sampai sahaja di rumah mereka, jelas terpancar kegembiraan di wajah kedua-dua insan istimewa berkenaan selepas melihat kelibat ‘hadiah’ tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti memuji tindakan Syahmi dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya bagaimana pula dengan rakan istimewanya lagi seorang yang bernama Asif, tiada apa-apa hadiah ke?

Syahmi membalas pertanyaan individu tersebut dengan menyatakan bahawa dia telah menghadiahkan Asif kelengkapan rumah serta ‘renovation’ rumah sebelum ini. Wah, mulia sungguh hati Syahmi ya!

Syahmi nama penuhnya Muhd Syahmi Sazli berkahwin dengan Annisa Faizul dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah.Moga terus dimurahkan rezeki!

Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menobatkan youtuber terkenal yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 25, sebagai Ikon Pengarah Muda pada Majlis Apresiasi akhir Januari tahun hadapan.

Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid berkata, Syahmi Sazli atau nama sebenarnya Muhd Syahmi Sazli, pengarah muda yang berjaya mengangkat nama perfileman negara apabila filem pertamanya bertajuk Mael Totey The Movie menggunakan modal sendiri sebanyak RM300,000 berjaya mengutip lebih RM7 juta hasil tayangan filem.

Katanya, ini rekod baharu dan FINAS berbangga dengan pencapaian anak muda itu selaras dengan hasrat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah yang sentiasa mengingatkannya supaya memberi perhatian khusus kepada anak muda untuk bangkit dalam perfileman.

“Sudah sampai masanya anak muda diberi peluang sepenuhnya bagi mengetengahkan karya dan idea baharu mereka supaya dapat ‘dihidangkan’ kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

“Dalam masa sama, karya dihasilkan pengarah muda bukan sahaja diminati oleh generasi muda, tetapi menjadi pengajaran kepada mereka ini yang bakal menerajui negara,” katanya ketika lawatan kerja ke syarikat produksi Syahmi Syazli di Kota Bharu, di sini, hari ini.

Zakaria berkata, penghasilan filem memainkan peranan sangat penting kepada masyarakat.

“Sekiranya kita gagal membentuk genre filem yang hendak dihasilkan, ia memudaratkan masyarakat dan justeru itu Menteri Komunikasi dan Multimedia amat menitikberatkan usul-usul baharu kerana anak-anak muda sebenarnya mempunyai idea terkini untuk tontonan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, filem Mael Totey The Movie memaparkan sesuatu yang berbeza apabila mengetengahkan bakat dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Malah filem ini juga tidak menggunakan dana FINAS walaupun satu sen, sebaliknya dia mencari modal sendiri dan ia ternyata berbaloi.

“Selepas ini, jika Syahmi ingin memohon dana FINAS, InshaAllah kita akan permudahkan walaupun syarat permohonannya agak ketat selain berbincang dengannya tentang program yang boleh disiarkan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Syahmi berkata, selepas filem pertamanya mendapat tontonan ramai, beliau akan menghasilkan filem kedua berkonsep kekampungan yang dijangka pada tahun hadapan.

“Filem yang masih belum diketahui tajuknya itu akan dimulakan proses penggambaran antara bulan Mac atau April tahun hadapan yang mengambil tempoh masa sama seperti penghasilan Mael Totey The Movie.

“Dalam pada masa, saya juga akan mengekalkan pelakon istimewa seperti dalam filem sebelum ini selain menjanjikan untuk menghasilkan filem yang terbaik dari segi suntingan dan juga teknikal,” katanya.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/20/video-hadiah-m0tosikal-untuk-yoe-parey-tindakan-syahmi-sazli-dipuji-ramai/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Hadiah M0tosikal Untuk Yoe Parey,” Sekali Netizen Tanya Hadiah Asif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*