[VIDEO] Akhirnya Bersatu, Risteena Kini Sah Jadi Milik Isa Khan

Selepas hampir dua tahun mengenali hati budi masing-masing, akhirnya kini menemui jalan bahagia apabila pelakon Nur Risteena Munim kini sah menjadi isteri kepada jejaka kacak Isa Khan.

Pasangan itu telah dinikahkan pada pagi Jumaat 12 Mac yang penuh barokah ini dengan penuh ringkas tetapi bermakna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Risteena dan Isa kelihatan serasi bersama dengan busana berwarna putih suci ketika dinik4hkan di sebuah masjid di Putrajaya.

Lebih menarik lagi apabila Isa sempat menghasilkan lagu khas untuk isterinya itu yang diberi tajuk Karunia Terhebat.

Pasangan ini telah menjalin cinta selepas masing-masing mula jatuh hati ketika pengambaran sebuah drama tempatan.

Difahamkan pasangan ini sepatutnya bernikah pada November tahun lalu tetapi disebabkan pandemik COVID-19, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada 12 Mac.

Kami dari Hot FM mengucapkan ribuan tahniah kepada Risteena dan Isa, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah!

Sumber foto dan video: Instagram Risteena

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Akhirnya Bersatu, Risteena Kini Sah Jadi Milik Isa Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*