” Assalamualaikum, dah bertahun saya diam pasal benda ni. Tapi saya dh penat la dengan benda tak betul macam ni.”
Demikian perkongsian bekas Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, 21, yang meluahkan perasaan di Instagram beliau berhubung kntroversi berkaitan k.eIab maIam meskipun sudah dua tahun pertandingan berakhir.
Pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, itu menegaskan dia tidak pernah berkunjung ke mana-mana k.eIab maIam selepas pertandingan berakhir seperti yang didkwa.
Perasaan kesal timbul selepas Haneesya mendedahkan masih ada segelintir ntizen yang kerap memerIinya berkaitan isu tersebut dalam media sosiaI.
Malah, dia juga sudah penat dengan tvduhan tidak betul seperti itu.
” Di sini, saya hendak betulkan satu perkara, saya tidak pergi ke k.eIab maIam selepas menang Dewi Remaja dua tahun lalu. Video pergi k.eIab tersebut dirakam dua bulan sebelum saya menang pertandingan.
” Lepas menang saya balik bersama ibu dan dua orang rakan. Kitaorg pergi makan McD0nald’s sebelah Astro tu, pegi check CCTV, lepas tu saya balik tidur sebab penat sangat-sangat.
” Siapa yang buat cerita pergi cIub lepas menang tu saya tak tahu. Video tu video lama. Dah 2 bulan kot video tu diambil
” Sebelum anda masuk dalam media sosial saya cakap begini, tolong pastikan kesahihan fakta. Ini sudah jadi f1tnah,” katanya dalam satu entri Instagram.
Tidak menafikan khiIaf sendiri, pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 32 itu mahu ntizen berhenti mengungkit kisah silamnya.
” Betul aku salah tetapi kenapa hendak ungkit balik? Nak sangat tengok aku pegi cIub lagi ke? Golongan beginilah punca orang nak jadi baik susah berubah,” ujarnya.
Pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek itu juga berharap agar tiada lagi salah faham berlaku terhadap isu k.eIab maIam tersebut.
” Saya harap tiada lagi salah faham tentang kes ini dan jika tidak suka saya, sekat saja. Saya juga ingin jadi manusia yang lebih baik.
” Kepada ‘mak cik bawang’, tak perlu nak s1ndir saya. Lebih baik jaga anak anda, mungkin depan mak pakai tudung tetapi bila maIam tudung pun hilang,” katanya lagi.
Untuk rekod, kemenangan Dewi Remaja ditarik balik daripada Haneesya kerana didapati melanggar kontrak susulan dkwaan mengatakan dia hadir ke sebuah pesta ar4.k selepas pertandingan berakhir.
Dia juga turut menyerahkan semula kejuaraannya termasuk tiara kemenangan, trofi dan selempang Dewi Remaja
Haneesya memulakan kerjaya lakonan pada usia sembilan tahun dengan membintangi teater Siti di Alam Fantasi (2009).
Seterusnya muncul dalam teater adaptasi komik karya Lat Lat Kampung Boy, Sebuah Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2011, di mana Haneesya berlakon bersama Awie, Jalil Hamid, Rahim Razali dan Douglas Lim.
Pada tahun 2018, beliau mencapai kemashyuran dalam bidang lakonan menerusi drama adaptsi novel karya Maya Adira, Cik Reen & Encik Ngok Ngek lakonan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim, memegang watak sebagai Zara.
Beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/19 dan bergelar juara (sebelum ditarik balik) sekaligus menewaskan empat finalis lain, termasuk Zeera Azizi dan Anna Jobling.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:k0smo dan IG Haneesya Hanee
Be the first to comment on "Kenapa Ungkit Balik, Nak Sangat Tengok Aku Pegi CIub Lagi Ke? Tak Payah Sndir Aku – Haneesya Hanee"