Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Ini Doa Siti Nurhaliza Buat Anak Lelakinya Buat Ramai Terkedu

Umum mengetahui, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, telah selamat melahirkan anak keduanya semaam.

Sebagai seorang ibu, Siti sempat merakam video mengenai pengalamannya ketika ham1l anak kedua ini. Dia turut menyatakan impiannya terhadap anakanda lelakinya yang sudah lahir itu.

Doakan jadi kenyataan

Boy lebih besar dan semangat. Nampak perut saya lebih ke depan. Memang penat, tapi saya kena kuat juga. Tak sangka banyak kerja dan aktiviti yang saya perlu siapkan. Berbanding Aafiyah, saya lebih relax.

Menerusi akaun Youtube Siti Nurhaliza, Siti memberitahu keham1lan kedua ini tidak mempunyai perbezaan dengan keham1lan sebelum ini. Malah, dia kelihatan sedikit aktif ketika mengandvng anak kedua ini.

Bila kata anak lelaki, sudah pasti saya nak anak saya jadi insan yang soleh, menjadi seorang pemimpin, seorang yang berdedikasi, seorang yang penghafal Al-Quran InsyaAllah. Doakan jadi kenyataan. Seorang yang jujur dan menjaga saya dan ayahnya ketika kami sudah tua nanti. Paling penting jadi insan berjaya dunia dan akhirat.

Siti turut berharap anak lelakinya itu akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat termasuk mempunyai sifat kepimpinan dan boleh menghafal Al-Quran.

Terus positif, sabar dan berdoa

Di akhir video tersebut, Siti turut memberi pesanan buat pasangan di luar sana masih berjuang untuk mendapatkan cahaya mata. Menurut Siti, mereka perlu terus positif, sabar, sentiasa berdoa dan juga berusaha.

Iyalah bila soal cahaya mata ni dia melibatkan dua orang iaitu suami dan isteri. Lebih-lebih lagi mereka yang buat IVF macam saya. Kena saling bantu-membantu dan memberi semangat. Jangan putus asa sebab Allah maha mendengar. Yang penting kita kena tenang dan reda.

Siti turut berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya sejak dari awal kehamilan sehingga selamat bersal1n.

Sumber: Siti Nurhaliza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Ini Doa Siti Nurhaliza Buat Anak Lelakinya Buat Ramai Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*