Peniaga burger yang dikompavn RM50,000 kerana did4kwa beroperasi lebih dari masa ditetapkan di Kelantan bersyukur dan terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja termasuk pengacara dan usahawan, Neelofa.
Memetik satu temubual peniaga terbabit, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, bersama Astro AWANI, dia menyahut tawaran yang ingin dihulurkan oleh Neelofa untuk melunaskan jumlah kompavn yang dikenakan.
“Saya tak tahu nak kata apa. Boleh sangat (saya mengalu-alukan) kalau ada orang yang sanggup menolong.
“Rasa mudah (lega) sikitlah,” katanya kepada pemberita.
Selain itu, Wan Mohd Faisal mengakui turut menerima pelbagai bantuan yang diberikan oleh firma guaman dan rakyat Malaysia antaranya berbentuk rayuan kes, sumbangan kewangan serta tempahan burger.
“Ada ramai juga yang buat amal dengan tempahan burger untuk diberikan kepada orang kampung
“Ada yang minta nombor akaun untuk bantu bayar kompavn,” jelasnya lagi.
Pada Selasa, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor Neelofa, 32, memuat naik status IG Story memaklumkan telah berhubung dengan peniaga burger tersebut untuk pembayaran kompaun menerusi peguamnya.
Selain Neelofa, penyanyi rap Caprice turut tampil membantu dengan membuka tabung derma untuk meringankan beban yang menimpa Wan Faisal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "Neelofa Ded4h Nak Tolong Bayar K0mpaun, Sekali Ini Komen Abang Jual Burger"