Kec0h Kes Abang burger, sekali Sarimah Ibrahim beri komen padu

NASIB menimpa peniaga burger yang dikompaun RM50,000 kerana menjalankan operasi melebihi masa turut menarik perhatian pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim.

Menerusi laman Twitter, Sarimah, 43, meminta netizen menghentikan sebarang kecaman terhadap mana-mana pihak dan tidak memanjangkan isu berkenaan sehingga menimbulkan perbalahan di media sosial.

Berkongsi pandangannya itu, Sarimah turut menyeru orang ramai menghulurkan bantuan dengan menyebarkan mengenai perniagaan yang diusahakan oleh lelaki berasal dari Kelantan itu.

“Okey dari kita mengutuk situasi orang lain lebih baik kita bantu viralkan perniagaan abang burger RM50,000 tu.

“Supaya rezeki dia melimpah sampai RM100,000! Mana bisnes dia sebarkan. Lebih baik membantu daripada mengutuk,” tulisnya di laman tersebut.

Saya secara peribadi rasa denda RM50,000 untuk seseorang yang berniaga burger terlalu tinggi. Kasihan dia!

Kisah peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh anggota polis menjadi tular sejak Isnin lalu.

Menurut isterinya, Nor Laili Shafii yang dihubungi mStar, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan menyatakan gerainya beroperasi melebihi waktu ditetapkan.

Tambah wanita berkenaan, ketika itu mereka sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga berkenaan, pelakon filem Janji Diana ini berharap supaya bayaran kompaun dan denda yang dikenakan terhadap Wan Mohd Faisal dapat dikurangkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Perkongsian Sarimah di laman Twitter.

“Saya secara peribadi rasa denda RM50,000 untuk seseorang yang berniaga burger agak keras. Kasihan dia.

“Saya tahu peraturan tetap peraturan. Macam mana kalau denda berdasarkan pendapatan masing-masing? Harap abang burger itu akan dikurangkan denda dia,” ujarnya.

Pada Selasa, beberapa orang selebriti menyatakan hasrat untuk membantu membayar kompaun tersebut antaranya Neelofa, PU Azman dan Caprice.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Perdana Menteri akhirnya tampil bersuara selepas ada peniaga kecil yang kena kompaun maksimum

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengingatkan agensi penguat kuasa yang menjalankan kawalan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah cov1d-19 supaya menggunakan pendekatan lebih berhemah.

Katanya, ketegasan penting untuk memastikan peraturan dipatuhi tetapi dalam masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan terhadap tindakan bakal dikenakan.

“Perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil menurut ruang lingkup undang-undang supaya usaha kita untuk mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

“Hal ini sangat penting, terutamanya dalam situasi pandemik cov1d-19 yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. Ada (rakyat) yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing.

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pertandingan Komuniti Zon Hijau cov1d-19, hari ini.

Muhyiddin turut berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat serta pihak penguat kuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama menjayakan usaha membendung penularan jangkitan virus cov1d-19.

Katanya, yakin jika sikap saling mengingatkan ini diamalkan, maka amalan norma baharu dalam kehidupan dapat dibudayakan. Media sebelum ini melaporkan peniaga burger dan colek di Kelantan masing-masing dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa.

Peniaga berkenaan mendakwa didatangi penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap pematuhan SOP dan terus menulis kompaun dengan nilai berkenaan.

Kedua-dua peniaga kecil itu tidak berkemampuan untuk menjelaskan kompaun terbabit dengan peniaga colek berkata lebih memilih memasuki penjara.

Sementara, Kementerian Kesihatan (KKM) semalam memaklumkan akan menilai semula kes berkenaan peniaga burger terbabit sama ada diberi pengurangan atau pengecualian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://media98times.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kec0h Kes Abang burger, sekali Sarimah Ibrahim beri komen padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*