Tindakan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan kompaun RM50,000 disambut baik oleh peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir, semalam.
Bagi penyanyi Suhaimi Saad pula, dia menyatakan sokongan penuh kepada bekas pengacara MeleTOP itu kerana mempunyai rasa empati terhadap nasib Wan Mohd Faisal atas kesalahan berniaga melebihi had masa.
Menerusi laman Instagram, bekas anggota kumpulan In-Team itu berkongsi sebuah paparan skrin berita mengenai isu berkenaaan dan menyuarakan pendapat peribadinya di ruangan kapsyen.
“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa. Sebab Lofa ada otak dan hati,” tulisnya.
Menerusi penulisan tersebut, dia juga membuat perbandingan antara sikap Neelofa dan segelintir pemimpin dengan mendakwa mereka memikul jawatan serta tanggungjawab sambil lewa.
“Time pilihan raya bukan main berjanji. Nak tegakkan Islam lah. Nak tegakkan keadilan lah. Nak bela Melayu lah. Nak bela rakyat lah.
“Kau ingat hidup dan jawatan kau tu main² ke.. rakyat akan tuntut tau tak. Tuhan akan balas,” luahnya.
Tangkapan skrin Cari Forum, dari tahun 2018
SS sayang Neelofa, tapi lebih sayangkan isteri
Abang tunggu…
Kecewa pilih PU?
Sebelum ini, tular di media sosial kisah mengenai Wan Mohd Faisal yang didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.
Dalam masa sama, Neelofa nafi menyindir peniaga itu dengan berkongsi gambar berserta kapsyen, ‘moreh burger malam ni meh’ selepas didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu majlis akad nikahnya, bulan lalu
“Moreh burger malam ni meh, ” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji ‘ketawa’.
Menyedari perkara itu menimbulkan salah faham banyak pihak, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memadam foto berkenaan yang didapati diperoleh daripada enjin carian Google.
Malah dia tampil menjelaskan perkara sebenar.
Pu Rizz masuk komen
“Alhamdullillah terima kasih kerana buat headline sedemikian…tahniah” komen PU Rizz
PU Riz Letak Foto Perkahwinan Sebagai Wallpaper Telefon, Netizen Doa Yang Baik-Baik – “Nanti Bertiga Pula”
Pendakwah bebas PU Riz mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi wallpaper terbaru di telefon pintar miliknya iaitu foto perkahwinan bersama isteri tercinta, pengacara dan usahawan Noor Neelofa.
Menerusi laman sosial Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, memuat naik foto wallpaper tersebut untuk tatapan baru.
“New wallpaper,” tulis Haris ringkas di ruangan kapsyen yang turut disertakan dengan emoji hati berwarna merah.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa buat pasangan bahagia tersebut agar mereka segera memperoleh cahaya mata.
Malah, ada yang turut mengambil kesempatan mengusik Haris yang boleh tahan ‘sweet’ orangnya.
“Nanti pic bertiga pulak ye, ameen,” doa seorang wargamaya.
“Alaa gula tumpah atas screen phone pulak,” usik seorang wargamaya.
“Sweet couple, semoga kekal sampai jannah,” kata seorang wargamaya.
“So sweetnya la pak ustaz cenggini,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah soon bertiga pula,” tulis seorang wargamaya.
“Comel do oh haih aku geram kenapa rentas negeri tapi takpe still sayang u both,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 100,000 tanda suka daripada wargamaya.
Imbas kembali, Haris dan Neelofa, 32, telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : limauasamboi
Be the first to comment on "Kecoh Suhaimi Saad Luah Rasa Terhadap Neelofa, Sekali PU Riz Masuk Komen"