Tak pakai pelitup muka dalam video raya, instafamous dikompaun RM1,500

Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian seragam yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.

 

Mengulas mengenai video itu, beliau berkata pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3.

Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Katanya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terbabit dalam video itu sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya.

Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini,” katanya.

Sumber: Bernama.

Article sebelumnya,

Video Alasan Rentas Negeri Dapat Kecaman, Netizen Pertikai Hafiz Mahamad Guna ‘Frontliners’ & Kereta Peronda.

 

Personaliti media sosial Hafiz Mahamad menerima kecaman daripada netizen gara-gara memuat naik sebuah video yang melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan (frontliners).

Rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG) itu menunjukkan lima alasan rentas negeri yang akan digunakan oleh individu agar dapat pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri

.Alasan “Rentas Negeri” nombor berapa paling sakit hati dalam video ni? Tahun ni pasti banyak alasan pelik-pelik orang nak rentas negeri balik raya.

“Macam mana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!” tulisnya sebagai kapsyen.

 

Bagaimanapun, kandungan video tersebut telah mencetus ketidakpuasan hati dalam kalangan penonton kerana cara penyampaian mesej yang cuba disampaikan telah melibatkan pihak berkuasa.

Malah, suami kepada usahawan Syafiqah Aina ini turut kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka ketika melakukan penggambaran tersebut.

Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi membongkar kebenaran.

Terdahulu, Hafiz pernah mengundang pelbagai respon negatif apabila merakam perjalanan pengebumian sahabatnya yang telah meninggal dunia pada Disember lalu..

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://gempak.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak pakai pelitup muka dalam video raya, instafamous dikompaun RM1,500"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*