Keputusan Telah Dibuat. PKP Dikenakan di 6 Daerah di Selangor Dan Ini Antara Aktiviti Yang DiIarang keras

Terkini, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor.

Enam daerah tersebut termasuk Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat, serta Sepang berkuatkuasa 6 Mei hingga 17 Mei.

Tiga daerah lain yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor masih dalam PKP bersyarat (PKPB).

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini, kata Ismail Sabri

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Aktiviti ziarah kubvr juga tidak dibenarkan di kawasan perinatah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung sahaja yang dibenarkan pada satu-satu mata.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara.

Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau pula tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

PKP perlu tapi bukan seperti dahulu, kata MB Selangor

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dikuatkuasakan semula di Selangor namun pendekatan pelaksanaan perlu sedikit berbeza dengan PKP sebelum ini.

Perkara itu diakui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam usaha meredakan kembali peningkatan kes dengan penelitian beberapa perkara terutamanya membabitkan sektor ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

” Ya, sudah tentu (Selangor perlu PKP). Kita sudah memberikan beberapa cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal pergerakan dan beberapa aktiviti di negeri ink.

” Fokus kita (sebab perlu PKP) adalah beberapa hospital di Selangor sudah mencapai 70 peratus kapasiti bagi menampung pesakit COVlD-19.

” Kita dapati ada individu positif COVlD-19 mengunjungi tempat awam, ia dikesan melalui MySejahtera dan ketika itu sekurang-kurangnya 40,000 khalayak di tempat berkenaan.

” Seterusnya, di Bazar Ramadan dan Bazar Raya pula, sudah tentu kita berjanji tidak seperti PKP 1.0 (tiada bazar), tetapi beberapa elemen perlu dlihat semula dalam usaha mengimbangi kesinambungan kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) antara Kerajaan Negeri Selangor dan Open University Malaysia (OUM) di SUK, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Amirudin berkata, dalam mesyuarat bersama MKN baru-baru ini, Selangor tidak mencadangkan PKP secara keseluruhan di negeri itu dan hanya tertumpu di Zon Merah sahaja.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada keputusan Kerajaan Persekutuan yang dijangka diumumkan petang ini atau esok.

“Dalam mesyuarat (30 April), kita sudah syorkan dua tiga cadangan bagaimana hendak memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat awam seperti di pusat beli belah.

” Kita berpengalaman menghadapi dua PKP… adakah boleh kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Kalau ketatkan lebih kurang PKP, lebih baik PKP terus.

” Selangor adalah negeri yang penting, kalau buat PKP semua kegiatan ekonomi akan terkepung dan dalam masa sama kita tidak mahu kes ini terus merebak,” katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Selangor akan melaksanakan ujian saringan COVlD-19 secara berperingkat menerusi Program Saringan COVlD-19 di semua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, ujian saringan secara besar-besaran itu akan bermula Jumaat ini di Hulu Langat dan rehat seketika untuk Aidilfitri dan diteruskan semula sehingga selesai 56 DUN.

“Kita tidak dapat membuat saringan itu di semua DUN secara serentak kerana kita mempunyai dua pasukan daripada Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Selangor Task Force Operation (STFO) yang menjalankan ujian itu.

” Ujian saringan kali ini berterusan walaupun selesai 56 DUN dan

fokus saringan itu dijalankan kepada individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVlD-19 serta mereka yang mempunyai gejala dijangkiti virus itu,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Keputusan Telah Dibuat. PKP Dikenakan di 6 Daerah di Selangor Dan Ini Antara Aktiviti Yang DiIarang keras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*