Keluarga Besar Neelofa Sambut Raya Bersama, Lelaki Ini Beri ‘Fakta’ Mengapa Mereka Berkumpul

Syawal tahun 2021 ini sekali lagi menyaksikan kita semua berada dalam norma baharu yang mana semuanya beraya di rumah sendiri sahaja tanpa kunjung-mengujung.

Perkara itu juga dipraktikkan oleh Noor Neelofa yang mana mereka kelihatan menyambut Aidilfitri dengan kaum keluarga sahaja.

Seperti yang kita tahu, Neelofa dan PU Riz duduk sebumbung bersama dengan keluarganya begitu juga dengan Noor Nabila dan adik-adik yang lain.

Sempena dengan 1 Syawal yang diraikan pada 13 Mei lalu, Nabila ada memuat naik satu video pendek menunjukkan kemeriahan mereka sekeluarga bersalaman pada pagi raya.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah adakah benar mereka sekeluarga ini duduk di bawah bumbung yang sama?

Lebih menarik lagi perkara itu telah ‘disahkan’ oleh seorang pengguna Twitter yang mengakui bahawa orang dari negeri Kelantan sememangnya gemar duduk serumah dan mereka juga mempunyai ‘rumah panjang’ sendiri.

Gurauan tersebut telah membuatkan ramai warganet turut terhibur dengan konsep rumah panjang’ itu tapi jangan ada pula yang percaya di Kelantan ada rumah panjang.

Secara keseluruhannya, Neelofa mempunyai sembilan orang adik beradik dan tiga daripadanya duduk berasingan selepas mendirikan rumah tangga.

Tetapi boleh jadi juga mereka memang duduk sekali memandangkan keluarga tersebut mempunyai rumah yang besar sehingga boleh memuatkan semua anak-beranak di dalamnya.

Apa pun, kekal berada di rumah dan jangan sesekali melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ya!

Sumber foto dan video: Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Hot Fm

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Keluarga Besar Neelofa Sambut Raya Bersama, Lelaki Ini Beri ‘Fakta’ Mengapa Mereka Berkumpul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*