lsu Ibu Neelofa, Noor Kartini Dan Sultan Johor, Timbul SpekuIasi T!pu Mesej Di WhatsApp

Belum selesai kntroversi melanda Noor Neelofa baru-baru ini, kini ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed pula menjadi topik bualan netizen gara-gara salah satu perkongsian di Instagram miliknya dilihat seakan mempertikaikan titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Perkongsian di Instastory Noor Kartini yang memperlihatkan imej dan titah Sultan Johor berhubung cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani penularan c0vid-19 segera dipadam dalam masa beberapa minit.

Noor Kartini kemudiannya menyatakan perkongsian tersebut tidak dilakukan olehnya dan ia telah dikongsi oleh salah seorang pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja. Beliau kini telah membuat permohonan maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh ahli keluarga di atas kecuaian salah seorang pekerjanya yang didakwa mempunyai akses akaun Instagram miliknya dan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warga maya di Twitter yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan timbul spkulasi tangkap layar mesej menerusi WhatsApp yang dikongsi oleh Noor Kartini adalah palsu dan ia seakan beliau telah menghantar mesej tersebut dari dirinya kepada dirinya sendiri. ‘Penyiasatan’ yang dilakukan oleh beberapa orang warga maya di Twitter dilihat mendapat persetujuan ramai bahawa mesej tersebut seperti dibuat secara sengaja dan memalukan.

Berdasarkan ‘penyiasatan’ tersebut, mereka percaya bahawa cara mesej itu ditulis sama seperti Noor Kartini sendiri dari segi lenggok bahasa, ejaan dan penggunaan dua titik di dalam setiap ayat. Tambahnya, ada juga yang merasakan tidak logik Noor Kartini hanya memarahi pengurusnya itu melalui WhatsApp sahaja dan bukan membuat panggilan telefon memandangkan ia adalah satu isu besar yang melibatkan Sultan Ibrahim.

Rata-rata pengguna Twitter memuji kegigihan beberapa individu yang melakukan ‘penyiasatan’ tidak berbayar tersebut. Ada yang menyatakan mereka sepatutnya warga maya Malaysia memang patut digeruni dengan kemahiran istimewa ‘penyiasat netizen’.

Sumber: Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

Apa komen anda?

Be the first to comment on "lsu Ibu Neelofa, Noor Kartini Dan Sultan Johor, Timbul SpekuIasi T!pu Mesej Di WhatsApp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*