Akibat seronok ziarah raya, ini yang terjadi kepada tiga buah kampung ini

KUALA TERENGGANU: Kluster Kampung Matang yang dicetuskan akibat aktiviti ziarah dan rentas negeri sempena Aidilfitri baru-baru ini, masih aktif dan mula merebak ke tiga kampung berhampiran.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata,hasil siasatan pihaknya menunjukkan kluster Kampung Matang yang terbesar di Hulu Terengganu setakat ini, tercetus kerana aktiviti kunjung mengunjung ketika Aidilfitri dengan 19 dikesan positif daripada 2 keluarga sebelum mereb4k ke FELCRA Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat.

“Selepas tamat beraya, masuk kerja dan tanpa disedari virus C0VID-19, menj4ngkiti rakan sekerja dan paling merisaukan sudah ada jemaah masjid dij4ngkiti…akhirnya j4ngkitan bersambung,” katanya menerusi catatan Facebook, hari ini.

Dr Nor Azimi berkata, seramai 127 kes positif dikesan dari kluster itu setakat ini, dan terkini merebak hingga ke generasi kelima.

Petugas kesihatan sedang melakukan calitan ke atas seorang kanak-kanak di dewan Felcra Bukit Kepah, Kuala Berang, semalam. – Foto Facebook Nor Azimi Yunus

“Kontak rapat daripada kes itu adalah seramai 725 orang, tidak termasuk saringan bersasar membabitkan tiga kampung… masih terdapat 927 sampel yang sedang menunggu keputusan hasil ujian calit penduduk.

“Hanya kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), j4ngkitan C0VID-19 merebak membabitkan beberapa keluarga lain, jiran tetangga, pejabat akhirnya ke beberapa kampung.

“Kluster j4ngkitan C0VID-19 baharu dijangka akan tumbuh seperti cendawan apabila semua pihak g4gal mematuhi SOP. Jika keadaan seperti yang berlaku sehingga wujudnya kluster Kampung Matang, mampukah kita melandaikan lekuk C0VID-19 dalam tempoh dua minggu?,” katanya.

Dr Nor Azimi berkata, masyarakat perlu mengambil iktibar dan tidak memandang ringan pematuhan SOP dan sentiasa memikirkan nasib orang lain.

“Kita minta masyarakat tolonglah memahami kesusahan kita terutama petugas barisan hadapan semua jika pand3mik C0VID-19 berterusan, tolong jangan pentingkan diri sendiri kerana akibatnya akan memudaratkan orang lain.

“Kawalan kendiri perlu diutamakan dan penting, kekalkan duduk dirumah, kecuali ada urusan penting bagi memastikan tidak akan dij4ngkiti atau menj4ngkiti orang lain.

“Tolong dengar nasihat kami bahawa pencegahan itu lebih baik dari merawat,” katanya.

Mufti Dah Pesan

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa hukum mel4nggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah haram.

Hal ini perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan wabak penyakit taun.

Rakyat Malaysia emosi

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Dr Luqman Abdullah memaklumkan bahawa dalam hadis juga Rasulullah SAW ada menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat sekiranya mendengar berita mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit. Begitu juga dengan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran).

Walaupun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia seakan tidak berpuas hati dengan situasi yang melanda negara kini. Di ruangan komen Facebook BH Online, netizen mengakui larangan merentas negeri merupakan satu keputusan yang berat untuk diterima lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarga.

Tak dapat digambarkan perasaan rindu yang terbuku di hati. Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan layanan ‘double standard’ ke atas golongan ‘kayangan’ dan rakyat marhaen. Menurut mereka, itu adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan dan setiap rakyat Malaysia perlu dilayan secara adil dan saksama.

‘Harap kampung tak pindah tempat lain’

Isu Larangan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, PU Syed Setuju Dengan Pandangan Mufti Wilayah

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan hukum melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram. Bukan itu saja, beliau turut menjelaskan mengenai asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Hukum tersebut bagaimanapun telah mengundang rasa kurang berpuas hati dalam kalangan rakyat. Susulan itu, Pencetus Ummah (PU) Syed juga memberi respon dan menasihati orang ramai untuk menghormati institusi Mufti demi kesejahteraan sejagat.

Penjelasan Mufti Wilayah

Memetik laporan BH Online, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan mengenai hadis Rasulullah SAW supaya manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram. Sekarang angka jangkitan semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan rentas negeri bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?

Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat kebenaran palsu Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat kebenaran.

Hormati institusi Mufti

Sementara itu, PU Syed memberi respon terhadap situasi sedang berlaku dimana rata-rata rakyat kurang bersetuju dengan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan susulan menyatakan hukum haram mengenai tindakan merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. PU Syed turut bersetuju dengan pandangan dari Mufti Wilayah yang mengambil kira mengenai kehendak Maqasid Syariah.

Kebenaran untuk pelancongan memerlukan syarat-syarat yang ketat sepertimana diumumkan kerajaan diantaranya menggunakan khidmat agensi pelancongan yang berdaftar, mesti menggunakan kenderaan pelancongan, dan tidak dibenarkan pergi melancong ke tempat-tempat dan kawasan yang dikategorikan PKP atau PKPD dan tak semua ingin melancong lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid yang semakin meningkat ini.

Manakala dalam isu rentas negeri untuk pulang beraya adalah satu yang berbeza kerana ianya melibatkan hampir semua rakyat yang mempunyai kampung halaman untuk pulang beraya.

Pandangan SS Mufti Wilayah sangat bertepatan dengan kehendak Maqasid Syariah iaitu antaranya Hifz Nafs iaitu menjaga jiwa, kerana ianya boleh menyelamatkan orang lain dari dijangkiti atau terdedah dengan jangkitan. Ianya juga sangat bertepatan dengan banyak qaedah fiqh yang berkait dengan mafsadah dan maslalah serta mencakupi qaedah yang melibatkan mudarat.

Sumber: PU Syed

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akibat seronok ziarah raya, ini yang terjadi kepada tiga buah kampung ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*