[VIDEO] Anak Kongsi Situasi Ayah Masuk Bilik Salah Timing, “Sump4h Lawak…”

Pernah tak anda mengalami situasi di mana ada yang masuk ke dalam bilik semasa anda sedang menangis? Baru-baru ini, seorang gadis berkongsikan situasi lucu yang berlaku sehinggakan ramai yang berdekah melihatnya.

Dia telah melakonkan semula situasi di mana ayahnya masuk ke dalam bilik semasa dia sedang menangis. Namun reaksi kekok dari si ayah membuatkan ramai yang berdekah dan terhibur dengan reaksi spontannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis tersebut dilihat sedang menangis di dalam biliknya. Namun kemudian, si ayah masuk ke dalam bilik untuk meminta tolong.

Sebaik saja melihat anaknya menangis, dia kemudian mula berasa kekok di situ dan perlahan-lahan berundur keluar dari bilik. Reaksi kekoknya itu turut diperhatikan oleh anaknya yang terpinga-pinga melihatkan reaksi si ayah.

Lebih mencuit hati, si ayah sempat meminta tolong anaknya untuk membuatkan teh untuknya sebelum berlalu pergi. Tidak cukup dengan itu, ayahnya kemudian menutup suis lampu di dalam bilik sambil diperhatikan anaknya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berdekah dengan situasi yang dikongsikan ini. Ramai juga yang terhibur dengan reaksi kekok si ayah selepas sedar dirinya tersalah timing ketika itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Anak Kongsi Situasi Ayah Masuk Bilik Salah Timing, “Sump4h Lawak…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*