Tempoh 2 minggu Iockdown akan datang kritikaI, Dr Noor Hisham jelaskan kenapa

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan ‘l0ckdown’ akan datang merupakan tempoh yang kritik4l untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk C0vid-19, yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi.

Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

“Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Negara merekodkan sejumlah 5,793 kes baharu harian C0VID-19 hari ini berbanding 6,849 kes semalam, manakala jumlah kes sembuh C0VID-19 dalam tempoh 24 jam juga sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 semalam.

Kerajaan pada 28 Mei lepas memutuskan, untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun.

Polis melakukan operasi pemantauan pematuhan SOP sebelum menemui sebuah rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan ketika pelaksanaaan SPP yang aktiviti itu tidak dibenarkan. FOTO Ihsan PDRM

Penganjur majlis kahwin, jurugambar kena kompaun

BUTTERWORTH: Polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0.

Polis yang menjalankan operasi pemantauan SOP sekitar kawasan Butterworth semalam, mendapati sebuah rumah yang dipercayai mengadakan aktiviti sosial yang dilarang ketika PKP 3.0.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati terdapat 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman itu.

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini.

“Penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa.

Noorzainy kesal kerana masih ada individu yang gagal mematuhi SOP sehingga menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan sehingga menimbulkan risiko penyebaran cov1d-19 kepada orang lain.

“Kedegilan individu yang tidak patuh SOP ini hanya menyebabkan usaha bagi menghentikan virus cov1d-19 gagal.

“Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan semalam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tempoh 2 minggu Iockdown akan datang kritikaI, Dr Noor Hisham jelaskan kenapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*