Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500 Dah Masuk!

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

Apa itu BPR Tambahan

BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Syarat Kelayakan BPR Tambahan

BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan.

Jadi penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOMATIK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima :

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500
  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300
  • Bujang : BPR Tambahan RM100

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021.

Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara Semakan

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021.

  1. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Tekan Semak

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN.

Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang?

Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100.

Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini?

BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.

Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah?

Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan.

Bilakah pembayaran BPR Tambahan?

BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Semua artikel kami share ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500 Dah Masuk!” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://www.portalmalaysia.com/bpr-tambahan/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500 Dah Masuk!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*