[VIDEO] Netizen tegur tak pandai guna ‘water jet’, Zara Zya malas layan orang negatif – “Bukannya nak buat tutorial, asalkan bersih”

BUAT kerja amal pun salah. Demikian situasi yang dihadapi pelakon Zara Zya apabila netizen menegur cara aktres itu melakukan kerja pembersihan sebuah dewan yang terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin enggan mengambil serius komen tersebut dan hanya fokus kepada misi bantuan banjir.

“Saya tak ambil serius pun dengan komen-komen negatif netizen. Bagi saya, janji saya dah jalankan tanggungjawab memberi bantuan kepada yang memerlukan.

“Lagipun, saya turun padang beri bantuan dengan membawa amanah orang ramai yang beri sumbangan. Jadi, siapa yang neg4tif kita tolak tepi.

“Bukannya nak buat tutorial, tapi asalkan dua jam setengah dewan itu sudah bersih… tu yang penting,” kata Zara ketika dihubungi mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Terdahulu, netizen meninggalkan komen mengatakan cara Zara menggunakan ‘water jet’ untuk membersihkan lumpur dalam dewan adalah tidak betul.

Tak kisah apa saja yang diperlukan penduduk, saya akan bantu.

ZARA ZYA

PELAKON

Meskipun ada beberapa netizen menegur caranya namun lebih ramai netizen yang memuji pelakon drama Love You Mr Arrogant ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu dia bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin memulakan misi bantuan itu sejak 20 Disember lalu.

Selain memberi bantuan barangan dan tenaga, Zara juga membantu penduduk yang terjejas daripada segi emosi.

Zara 1

Antara komen yang ditinggalkan netizen di ruang perkongsian video Zara.

“Saya mula misi bantuan ini pada 20 Disember lalu tapi hanya pekerja saya yang pergi menghantar barang bantuan kepada m4ngsa banjir.

“Hari Ahad lalu barulah saya turun padang ke kawasan terjejas di Temerloh bagi sumbangan barang selain tenaga.

“Tak kisah apa saja yang diperlukan penduduk, saya akan bantu. Tak semestinya barang tapi dari segi emosi (trauma healing),” ujarnya.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Netizen tegur tak pandai guna ‘water jet’, Zara Zya malas layan orang negatif – “Bukannya nak buat tutorial, asalkan bersih”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*