“St0p Burvkkan Family Orang… ” – Kawan Dan Isteri Fizo Akhirnya Bvka Mvlut

Semalam, Fizo Omar telah pun menafikan dakwaan bahawa pihaknya dan isteri mengabaikan Wan Maryam ketika bercuti di sebuah taman tema baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mawar Karim belum mengulas lanjut tentang sekeping gambar memaparkan Maryam bersendirian yang dikirim oleh seorang individu dipercayai turut berada di taman tema tersebut.

“Stop Burukkan Family Orang Lain, Gambar Tu Timbulkan Fitn4h” – Kawan Fizo Omar

Terbaru, Dr. Hannan Yusof menerusi hantaran terbaru di Instagram berharap semua pihak agar berhenti burukkan keluarga Fizo Omar.

Foto yang memaparkan Maryam seorang diri ketika bercuti yang dikirim oleh seseorang kepada bekas isteri rakannya itu diakui menimbulkan banyak fitn4h, kononnya sebab nak honeymoon dengan isteri baharu.

Video Player

Beliau turut mempersoal netizen adakah Fizo Omar pernah membuat sebarang kenyataan buruk terhadap bekas isterinya selama mereka berpisah. Hal ini kerana dia cukup menghorm4ti statusnya sebagai ibu Maryam, justeru perkara sedemikian sama seperti mengaibkan anak sendiri juga.

Selain itu, Dr. Hannan menegaskan bahawa adalah tidak logik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun tersebut dibiar bersendirian tatkala seisi keluarga Fizo turut datang bersama.

Dr. Hannan bagaimanapun jelaskan bahawa dirinya bukan mahu campur urusan rumah tangga mereka, cuma tidak boleh berdiam lagi apabila Maryam turut ‘terheret’ sekali dalam spekulasi tidak benar tersebut.

Justeru itu beliau berharap netizen tidak sibuk dengan urusan keluarga mereka, sebaliknya titipkan doa yang baik-baik saja.

Terbaru, Fazeera memuat naik satu video ke Instagram yang memaparkan detik bercuti dengan keluarganya di taman tema itu.

Melalui kapsyen pula, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ramai ahli keluarga baru selepas berkahwin dengan Fizo Omar terutamanya Maryam.

Walaupun dia akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi terutamanya melibatkan keluarga ke media sosial, namun ia bukanlah mengukur kasih sayangnya terhadap mereka.

Turut meleraikan persoalan ramai, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz sangat rapat.

“Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya.

“Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

“Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghentam dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Mawar memuat naik beberapa hantaran InstaStory memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah yang ditunjukkan dalam media sosial.

Paling mencvri perhatian ialah apabila Mawar menerima sekeping gambar daripada seorang individu memaparkan Maryam dilihat berdiri bersendirian di taman tema tersebut.

Tidak terhenti di situ, dia turut meluahkan rasa kecewa dan risau apabila Maryam menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Fizo pada November 2013 sebelum disahkan berc3rai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maryam.

Sementara, Fizo kembali mencvri perhatian umum apabila mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga dengan Fazeera yang juga seorang bekas pramugari pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : IG dr_hannanyusof & TikTok iamfizoomar & IG ffezyranesri

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“St0p Burvkkan Family Orang… ” – Kawan Dan Isteri Fizo Akhirnya Bvka Mvlut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*