Anak Ker4p Men4ngis, Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Tvkar Nama Putera Bongsu – “Dari J1bril Ibtisam Kepada …”

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nekad menukar nama anak bongsu mereka dari Jibril Ibtisam kepada Muhammad Fahri.

BACA: Cantiknya Pelamin Majlis Akikah! Aeril & Wawa Kongsi Wajah Putera Bongsu – “Selamat Lahir Ke Dunia Jibril Ibtisam”

Jelas pasangan itu, keputusan itu dibuat disebabkan anak lelaki mereka itu mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan.

“Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik n4ngis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.

“Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik men4ngis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik,” kata Wawa kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Disebabkan keadaan itu, Wawa mended4hkan Aeril akhirnya menukarkan nama anaknya kepada Muhammad Fahri.

“Saya cakap; kenapa sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.

“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.

“Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” cerita Wawa.

Pasangan itu ditemui pada majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.

Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, turut dilancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah. Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.

Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Ker4p Men4ngis, Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Tvkar Nama Putera Bongsu – “Dari J1bril Ibtisam Kepada …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*