[VIDEO] “Nilai Pesahabatan Sejati…” Heliza Helmi terharu Mila Jirin hadiahkan majlis resepsi

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi meluahkan rasa terharu apabila rakan artis Mila Jirin sudi ‘menghadiahkan’ sebuah majlis resepsi sempena pernikahannya baru-baru ini.

Menerusi satu posting di laman Instagram, penyanyi berusia 35 tahun itu bersyukur mempunyai sahabat baik yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi meraikan hari bahagianya.

Menghargai sikap pemurah rakannya, penyanyi lagu Jom Selawat itu memohon orang ramai mendoakan perkara baik buat Mila yang juga mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla.

“SubhanAllah Alhamdulillah LailhailAllah Allahu Akbar! Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Nikmat mana yang nak didustakan

“Sahabat semua, jom kita doakan yang terbaik buat sahabat baik dunia akhirat saya @mila_jirin dan suami yang menghadiahkan majlis resepsi buat kami. Besar sungguh hadiah ni,” tulisnya.

Difahamkan, majlis resepsi ketiga itu dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai yang diadakan di Bizmilla Grand Ballroom, Sanctuary Mall di Selangor, semalam.

Seorang pelukis inai, @syazmoralee_henna berkongsi beberapa rakaman InstaStory memaparkan Heliza menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mila atas kebaikannya dalam menaja majlis serba mewah itu.

A-Z semua dari Bizmilla

Dah niat nak memberi – Mila

Moga Allah beri lebih banyak.

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://transformasi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Nilai Pesahabatan Sejati…” Heliza Helmi terharu Mila Jirin hadiahkan majlis resepsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*