Akhirnya Fizo Bvka Cerita, Di Manakah Dirinya Sewaktu Maryam Dir4kam Sendirian

Terdahulu, kecoh apabila Mawar Karim memberi bayangan bahawa percutian anaknya bersama keluarga sebelah ayahnya seolah-olah tidak seindah seperti yang dipamerkan dalam media sosial. Walau bagaimanapun, dakwaan sengaja mengabaikan anak tersebut dinafikan oleh Fizo Omar.

Maryam main dalam playground bersama sepupu…disebabkan 1 gambar tu, korang (pengirim) keruhkan keadaan (minit 2:12)

Menerusi temubual bersama pihak Melodi TV3, Fizo Omar buka cerita bahawa foto viral Maryam bersendirian itu sebenarnya telah dizum secara dekat ketika bermain di sebuah taman permainan bersama sepupunya. Walhal, ramai orang dewasa termasuk dirinya dan isteri sedang memantau mereka tidak jauh dari lokasi playground tersebut. Justeru Fizo akui terkilan dengan niat pengirim gambar tersebut kerana bukan saja menimbulkan fitnah, malah mengeruhkan hubungan antara pihaknya dan bekas isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Awak pernah ada adik, budak 4 tahun tahu tak perkataan ‘trouble’ tu apa? What do you expect soalan macam tu? (minit 2:55)

Apabila diajukan soalan tentang video luahan sedih Maryam pula, pelakon drama ‘Maaf Tak Indah’ tersebut enggan mengulas panjang kerana baginya setiap individu dewasa boleh menilai bagaimana tahap pemikiran kanak-kanak. Fizo Omar juga berharap sebarang isu berkaitan anak sepatutnya dapatkan penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu, bukan terus dimuat naik ke platform media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Saya harap dia dapat bertemu dengan jodoh & ayah tiri terbaik untuk Maryam…tak payah approval daripada saya

Berkenaan gosip tentang bekas isteri sedang dalam proses mengenali seseorang pula, Fizo selalu berdoa dan berharap dia bertemu calon jodoh yang terbaik. Bahkan pihaknya juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada bakal ayah tiri Maryam, cukuplah sekadar ikhlas terima mereka seadanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Fizo Bvka Cerita, Di Manakah Dirinya Sewaktu Maryam Dir4kam Sendirian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*