Majlis perkahwinan adik kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang juga dikenali sebagai Youtuber dan personaliti media sosial, Athisha Khan baru-baru ini selamat menjadi isteri buat jejaka pilihan hatinya, Wan Amirul Haiqal masih sahaja menarik tumpuan umum.
Ini kerana tidak hanya pasangan bagai pinang dibelah dua itu sahaja yang menerima pujian malah adik-beradik Athisha Khan turut dibualkan oleh warganet.
Apatah lagi, Athisha Khan disambut meriah oleh ahli keluarga mereka apabila rata-ratanya tampil memakai busana berwarna sedondon dengan mengenakan baju berwarna coklat cair.
Dalam pada itu, satu rakaman video yang menunjukkan Ameera Khan tidak terkecuali daripada menjadi perbualan buat warga TikTok selepas dikongsikan.
Kelihatan Ameera Khan dan ayahnya dalam video ini juga dalam pada masa yang sama mencuri tumpuan ramai sekali gus kecantikan Ameera Khan yang dipuji ini turut mengundang ruang komen dihujani dengan ‘ratusan’ respon ramai.
video
Ameera Khan dipuji paling cantik oleh warganet dan menjengah ke hantaran video terbabit juga ternyata ia telah ditonton lebih 700,000 kali disamping menerima ribuan tanda suka.
“Dia ni lawa sangat, kalau aku pergi…”
“Ameera dan Neelofa terpaling cantik…”
“Ameera paling cantik…”
“Lawa dia tak leh bawak bincang”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://himpunanceritalawak.com/
Be the first to comment on "“Lawa dia…”- Ameera Khan dipuji paling cantik, video raih tumpuan ramai"