Sejak mengumumkan pencer4ian, masih ramai mengharapkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran kembali bersatu. Menyedari hal itu, Rashidi tidak mahu peminat terus berharap kerana perkara itu mustahil baginya.
“Harapan saya sebenarnya sudah hilang saat saya melafazkan talak terhadap bekas isteri. Saya tahu jodoh itu rahsia Allah. Tetapi buat masa sekarang, untuk kembali bersama bekas isteri, bukanlah satu pilihan”
“Saya tahu ramai peminat mengharapkan keajaiban. Namun, cukuplah menyatukan kami. Ini kerana kami sudah meneruskan kehidupan masing-masing. Selain menjadi ibu bapa kepada dua anak, kami sudah tiada hubungan lain”
Pernah timbul gosip mengatakan Rashidi kini sedang mengenali seorang gadis, Rashidi mengakui dirinya kini sedang membuka hatinya untuk berkawan dengan semua orang. Jelas Rashidi, beliau tidak mahu terus bersedih lagi.
“Sekarang saya memang berkawan dengan semua orang. Jika ada jodoh, saya tidak menolak. Mungkin orang akan fikir terlalu cepat. Tetapi sampai bila saya perlu bersedih. Lumrah manusia mahukan teman dalam hidup,” jelasnya.
Terdahulu Mac lalu, Rashidi mengesahkan beliau dan Vanidah sudah bercer4i di Mahkamah Syariah di sini, pada 9 Ogos tahun lalu. Berita itu sengaja dirahsiakan bagi menjaga hati beberapa pihak. (rtky/w)
Rashidi Ishak Terkejut Terima 300 Mesej Peminat Setiap Hari
Nampaknya, selepas mengumumkan percer4iannya dengan Vanidah Imran akhir bulan lalu, Rashidi Ishak mengakui sering kali menerima mesej menerusi laman Instagramnya.
Akui terkejut hampir ratusan mesej diterimanya, Rashidi memberitahu kebanyakan penghantar mesej memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya untuk teruskan kehidupan selepas bercer4i.
“Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on.
“Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya kepadaXTRA.
Ujar Rashidi lagi, dia kini lebih bersemangat untuk membina hidup baru dan sudah move on dengan peristiwa lalu. Ditanya sama ada mahu merujuk kembali dengan bekas isteri, Rashidi memberitahu mustahil buat masa sekarang, namun dia percaya dengan perancangan Allah.
Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Rashidi mengesahkan dia dan Vanidah sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.
A
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Rotikaya via dnq
Be the first to comment on "Kembali Bersatu Bersama Vanidah Imran? [VIDEO] Ini Peng4kuan Mengejvt Rashidi Ishak!"