Foto Terkini 7 Pelakon Kanak-Kanak Yang Telah Menginjak Dewasa

Kehadiran pelakon kanak-kanak berbakat sememangnya tidak din4fikan berfungsi mewarnai sesebuah naskah, baik di dalam drama mahupun filem.

Di sini kami senaraikan beberapa pelakon kanak-kanak yang pernah meniggalkan impak besar dalam dunia seni, kini mereka semua sudahpun dewasa, ada yang masih aktif dalam bidang seni sehingga kini tak kurang juga ada yang sudah bergelar ibu dan suami orang.

Lets check it out!

1.Mysarra Syahfiedzrien

Jika lihat keletahnya dahulu pasti anda akan ger4m dengan Si Sara yang terkenal menerusi drama Bong.

Selain itu, drama lakonan Sara yang mendapat sambutan hagat ialah bersama Che Ta dan Roy Azman dalam Diari Ramadhan Rafique.

Namun begitu, penglibatan Sara dalam dunia hiburan agak perlahan dan kali terakhir beliau dilihat membintangi drama adalah pada tahun 2016.

2.Izz Ilham

Lahir pada 28 Januari 2003, Izz Ilham telah berlakon sejak kecil lagi dan dia mula mendapat perhatian dalam drama Super Game Boy (2015).

Izz terus dikenali dalam drama rantaian kegemaran ramai, Keluarga Iskandar dengan watak nya yang keletah sebagai Omm. Selain Keluarga Iskandar, drama Izz yang popular ialah Geng Kampung Pisang, Lambaian Ramadhan dan banyak lagi.

3.Farah Nadiah

Pemilik nama Farah Nadiah BT Zulkifli ini mungkin tidak sepopular mana walaupun wajahnya banyak terlihat di kaca televisyen.

Drama lakonan Farah yang paling diingati sehigga kini ialah drama Ku Petik D0sa (2011) bersama Zaidi Omar dan Fasha Sandha.

Walaupun baru berusia 10 tahun ketika itu, Farah mampu membawakan watak sebagai kanak-kanak yang tern0da dengan baik sekali.

Kini berusia 20 tahun, antara drama terbaru Farah ialah Rindu Awak Separuh Ny4wa bersama Uqasha Senrose dan Syukri Yahaya.

Farah juga tidak berselindug yang kini dia sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Muaz.

4.Erynne Erynna

Siapa yang tidak kenal dengan si comel Erynne Erynna yang banyak berlakon dalam filem keluaran MIG satu ketika dulu, antaranya Congkak dan Damping Malam.

Pemilik nama sebenar Syazlynne Erynne binti Abdullah ini mula menceburi bidang lakonan ketika usianya 7 tahun (2004).

Pernah memenangi anugerah pelakon kanak kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) tahun 2008, Erynne kini bahagia bersama suami Afify Sazali dan anak mereka, Medina yang lahir pada tahun 2020.

5.Fimie Don

Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Fimie Don lahir 13 Februari 1998 mula dikenali melalui drama Hikayat Putera Shazlan.

Setakat kini Fimie telah berlakon puluhan drama tempatan dan juga iklan komersil.

Fimie juga satu-satunya kanak-kanak (ketika itu) yang berjaya menjadi pengacara bagi rancangan bual bicara secara langsung yang dikenali sebagai Nasi Lemak Kopi O selama dua tahun setengah di TV9.

Fimie juga pernah diberi kepercayaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi pengacara bersama untuk menjayakan program “Pelancaran Pencarian Duta Kecil Kuala Lumpur 2010” dan telah melaksanakan tugasnya di hadapan Tun Sri Siti Hasmah Mohd Ali, Yg Bhg Datuk Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Pada tahun 2010, Fimie megg0ndol anugerah pelakon kanak kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 melalui filem Magika lakonannya bersama Datin Diana Danielle.

6.Nur Qistina Raisah

Lahir pada tahun 2008, Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri atau Qis merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia yang dikenali dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky (2017) dan juga sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Laf4zkan Kalimah Cintamu (2018).

Sehingga kini beliau telah berlakon lebih dari puluhan drama dan telefiem dan drama terkini lakonan Qis ialah Keluarga Instafamous tayangan Awesome TV bersama Ajak Shiro, Ezzrin Loy dan Reen Rahim.

Sesuai dengan alam remaja yang sedang dilaluinya, Qis pernah digossipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zaki Yamani, iaitu anak kepada penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah.

7.Harris Alif

Harris Alif atau nama penuhnya Nor Harris Alif bin Nor Rashidi dilahirkan pada tahun 1999 merupakan penyanyi, pengacara tv dan pelakon.

Harris muncul dalam dunia seni setelah menjuarai pertandingan nyanyian Idola Kecil 3 pada tahun 2010.

Ekoran komitmen seninya yang padat, Harris memilih untuk ‘home schooling’ bagi megelakkan dirinya kec1ciran dalam pembelajaran .

Pada tahun 2020, Harris membuat kejuvan apabila meng4ku menjalinkan hubugan cinta dengan pelakon senior, Intan Ladyana yang dikenalinya sejak dia berusia 12 tahun.

Perbezaan umur 17 tahun tidak meghalag pasagan ini mendirikan rumahtagga pada 5 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.dahtauker.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Foto Terkini 7 Pelakon Kanak-Kanak Yang Telah Menginjak Dewasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*