BKM 2022: Ini Cara Semakan Status & Tarikh Bayaran Fasa 1

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk membuat semakan status kelulusan dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 fasa 1 yang dijangka akan dibuat bermula Mac ini.

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa tempoh permoh0nan dan pengemaskinian BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Justeru itu, bayaran pertama BKM Fasa 1 dijangka akan diterima bermula awal Mac ini.

Berikut merupakan cara membuat semakan status dan bayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Semakan Status BKM 

Bagi yang telah membuat permoh0nan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dik0ngsikan cara membuat semakan status permoh0nan di portal rasmi BKM.

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik LOG MASUK BKM.
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memoh0n Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memoh0n dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permoh0nan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Semak.
  6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik Ya jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik Log Masuk.
  10. Anda akan dibawa ke ‘Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM)’.
  11. Klik Menu Semakan Status.
  12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  13. Status Permoh0nan anda sama ada Permoh0nan Diterima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda juga akan dipaparkan.
  15. Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dalam tempoh satu tahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

Berjaya Kredit

Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran bantuan Keluarga Malaysia sila rujuk lampiran soalan lazim menerusi laman web berikut bkm.hasil.gov.my

Sumber dipetik dari Xtra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://mytvviral.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "BKM 2022: Ini Cara Semakan Status & Tarikh Bayaran Fasa 1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*