Finally! Remy Ishak Buka Cerita Jelaskan Isu Isteri H4mil, Minta Doa Daripada Orang Ramai

Persoalan Netizen Kononnya Isteri Dah Meng4ndung, Siap Nampak ‘Baby Bvmp’

Kecoh di media sosial minggu lalu apabila ramai netizen mendakw4 ternampak ‘baby bvmp’ dalam sebuah video milik isteri pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof.

Kebanyakan netizen mendakwa terdapat perubahan bahagian perut dalam satu sebuah video Ezza yang sedang memperagakan sepasang kasut jenama miliknya.

Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan biarpun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓔𝔃𝔃𝓪 𝓨𝓾𝓼𝓸𝓯 (@ezzarl)

Terbaru, Remy akhirnya tampil memperjelaskan segala ‘teori’ yang telah berlegar di fikiran peminatnya.

Menurut Remy, ketika mendapat tahu mengenai reaksi netizen di posting tersebut, kedua-dua mereka hanya mampu ketawa dan pada masa sama terhibur.

“Sebenarnya anak ada empat orang…tapi anak kucing lah.

“Memang haritu kecoh tentang isteri saya mengandung, kami tergelak-gelak bila baca.

“Belum ada rezeki lagi lah, tak ada pun, tak ada isi lagi belum ada rezeki.

“Tunggu la nanti if ada rezeki, tahun depan ke,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua mereka ketika ini juga tidak terlalu memikirkan soal anak memandangkan masing-masing agak sibuk dengan kerjaya.

“Lagi pun dua-dua sibuk dalam karier masing-masing. Isteri sibuk dengan perniagaan nak pula dekat Ramadan ni.

“Saya pula sibuk dengan penggambaran, so kami sendiri tak ada masa nak fikir ada anak/“Ada la terfikir, tipulah kalau tak fikir langsung. Taoi tak terlalu berat untuk kami fikirkan,” katanya.

Ditanya sama ada timbulnya rasa geram apabila netizen membuat spekulasi sebegitu, Remy merasakan yang mereka hanya mahu mengambil tahu.

“Tak ger4m sebab mereka tak tahu, jadi mereka nak tahu.

“Saya pun gelak sebab wife kuat makan tapi dia cakap bukan. Baju yang dipakai besar.

“Kalau betul ada, saya pun happy nak share dengan semua orang. Anak lelaki ke anak perempuan, of course saya happy.

“Tunggu la tahun depan ke, tahun ni macam tak ada ‘cahaya’ je. Doa-doakan,” katanya.

Remy berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemeteraian kerjasama jangka masa panjang antara Astro dengan novelis prolifik Siti Rosmizah Semail menerusi syarikatnya SR One Sdn Bhd.

Difahamkan, kolaborasi tersebut menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hab utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupun kandungan yang berprestij dengan mengunci empat buah novel hasif nukilan penulis prolifik.

Empat karya novel itu termasuklah Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku yang bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac in sehingga 2023.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Finally! Remy Ishak Buka Cerita Jelaskan Isu Isteri H4mil, Minta Doa Daripada Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*