Selepas Kahwin Kali Kedua! Begini Kehidvpan Rusdi Ramli

Rusdi Ramli merupakan pelakon dan pengarah Malaysia yang memenangi Anugerah Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 di universiti Sains Malaysia.

Anak lelaki kepada Norlia Ghani ini dilahirkan di Ulu Kelang dan pernah membintangi banyak membintangi drama filem dan televisyen.

Pada 16 November 2008, Rusdi Ramli berkahwin dengan seorang komposer terkenal Sharon Paul Abdullah setelah 15 tahun mendud4. Rusdi juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya.

Walaupun sudah mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan pertama, dia juga mempunyai dua anak lelaki hasil dari perkahwinan keduanya iaitu Rio dan Ryan.

Sharon Anne Paul atau lebih dikenali sebagai Sharon Paul adalah merupakan seorang komposer yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi terhebat di tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ramlah Ram, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Dia juga yang seorang mualaf dimana beliau telah memeluk agama Islam selama dua tahun sebelum beliau berkahwin dengan pelakon tersebut. Percintaan mereka bermula apabila mereka bertemu di pratonton filem 1957: Hati Malaya dimana Rusdi Ramli adalah merupakan salah seorang pelakon utama daripada filem tersebut.

Dah ada menantu dan cucu

Dalam diam rupanya pelakon ini sudah mempunyai menantu dan cucu apabila anak sulungnya Efiezal Ridza, 27, (hasil perkahwinan pertama) telah berkahwin.

Ibu cukup gembira ‘Boy’ bertemu jodoh

“Sudah lama sangat dia membujang. Akhirnya dia jumpa wanita pilihan yang sesuai dengannya. Alhamdulillah… sebagai ibu saya tumpang gembira sekiranya perkahwinannya itu berjaya membuatkan dia gembira.

“Sebelum ini saya memang pernah mengharapkan supaya dia menamatkan zaman bujangnya atau lekas-lekas berkahwin. Tapi, Boy (panggilan untuk Rusdi), jenis yang senyap serta tidak banyak cakap.

“Dia juga tidak pernah buka mulut untuk berkahwin sebelum ini. Jadi, apabila kali ini dia cakap dia hendak kahwin, saya rasa gembira sangat,”

Ajar hidup Sharon berlandaskan Al-Quran

Terdahulu, Rusdi memberi alasan mengapa dia memberikan al-Quran sebagai ganti wang hantaran kerana dia sebolehnya mahukan hidupnya dan Sharon pada masa akan datang lebih berlandaskan al-Quran.

“Kalau saya beri harta, dia akan pandang harta. Tetapi bukan bermakna saya tak bagi apa-apa nanti. Benda-benda lain tu bila-bila masa saya boleh beri dan memang saya akan bagi kemudian.

Rusdi mengakui Sharon yang merupakan seorang mualaf itu tidak memahami tentang adat Melayu namun tidak bermakna dia hendak memperlekehkan bakal isterinya itu.

Kata Rusdi, pemberian al-Quran itu merupakan niat yang lahir dari hati mereka berdua dan semuanya turut dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak.

Senyuman Rusdi pikat hati Sharon

Seperti yang sedia maklum, cinta Rusdi dan Sharon berputik selepas mereka dipertemukan dalam majlis pratonton filem 1957: Hati Malaya pada tahun lalu.

Jelas Sharon, senyuman Rusdi membuatkan dia terpikat dengan anak aktres Norliah Ghani, 58 ini.

“Semasa majlis pratonton filem itu, saya tak perasan pun tentang senyuman Rusdi. Tetapi saya mula mengagumi bakatnya dalam bidang lakonan.

“Sebelum ini memang saya jarang menonton filem Melayu tetapi selepas menonton lakonannya, saya ‘impress’ dengan dia.

“Lama-kelamaan sejak saya menghadiri majlis tersebut, saya selalu teringatkan senyumannya,” cerita komposer lagu Hati nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ini dengan jujur.

Tambah Sharon, sejak dari hari itu, mereka selalu bertukar-tukar cerita tentang karier masing-masing.

Sekadar info, Rusdi telah berkahwin dengan Sharon pada 2008 dan telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki

Sumber: IG Rusdi Ramli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : www.dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Kahwin Kali Kedua! Begini Kehidvpan Rusdi Ramli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*