“Nabila Razali Ded4h Kisah Pvtus Cinta Dengan…” Memang Nak Meng4lir A1r M4ta.

Penyanyi dan juga pelakon Nabila Razali mended4hkan masih berasa sa.kit akibat ‘terluka’ apabila ditinggalkan kekasih, lima tahun lalu.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 29, memberitahu pengalaman putus cinta tersebut berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

“Kisah putus cinta ini sudah lama, sebelum saya bergelar artis lagi sebenarnya. Kami bercinta pun tidak lama sebenarnya, dalam setahun. Ketika itu saya belum bergelar seorang artis.

“Punca putus cinta adalah disebabkan orang ketiga. Saya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berita sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak,” ujar Nabila.

Dakwa pelantun Putus itu lagi, pengalaman ditinggalkan kekasih itu dianggap sebagai kisah cinta paling trag1s pernah berlaku dalam hidupnya.

“Sekarang ini masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah ‘move on’. Tapi ada beberapa perkara yang masih saya tidak boleh lupa.

“Luka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa denda, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan si dia,” katanya.

Tambah Nabila atau mesra disapa Bella, selepas kisah percintaanya itu berlalu, dia kini tidak lagi memikirkan soal cinta kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

“Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak perkara yang ingin saya uruskan selain daripada memikirkan tentang cinta,” katanya

Sekadar ingin berkongsi pengalaman cintanya dengan peminat, Nabila yang ditemui ketika majlis pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur semalam juga mengabdikan kisah tersebut dalam bentuk karya novel bersama novelis terkenal, Sophilea.

“Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami.

“Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya.

“Saya kongsikan pengalaman cinta saya dalam bentuk novel kerana mahu peminat tahu bahawa saya juga pernah mempunyai pengalaman putus cinta,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila juga berharap supaya novel Kerana Cinta Itu Ada dapat memberi semangat untuk mereka yang pernah melalui pengalaman putus cinta dan ditinggalkan untuk bangkit.

“Saya tidak serik pun untuk bercinta. Cinta itu adalah sesuatu yang indah dan sebagai wanita, sudah tentu saya juga mahukan kebahagiaan yang indah,” katanya.

Sumber:KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : www.dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nabila Razali Ded4h Kisah Pvtus Cinta Dengan…” Memang Nak Meng4lir A1r M4ta."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*