B0ngkar Rahsia Siapa Sebenarnya Menantu Ziela Jalil!

Sebagai Ibu, tiada yang lebih membanggakan apabila melihat anak dan menantu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Biarpun sebelum ini jauh di sudut hati terbit kerinduan berjauhan dengan anak dan menantu, namun penerbit, Datuk Ziela Jalil tetap menahan hati apabila mereka menjadi pejuang barisan hadapan bagi menyelamatkan nyaw4 ketika penularan wabak Cov1d19.

Katanya sebelum ini, dia hanya sempat dua kali bertemu dengan anak sulungnya, Dr Puteri Julia Nabilah, menantu, Dr Dziya Fakhran dan cucunya Tun Alayna Zieya. Hanya telefon, panggilan video dan Instagram sahaja menjadi penghubung buat mereka sekeluarga sebelum ini.

“Sebagai manusia biasa, setiap hari Julia mengadu kepenatan kerana bekerja dari pagi hingga malam, setiap hari. Ada ketikanya anak menantu dipanggil kerja tidak kira masa.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ziela Jalil (@zielajalil)

Julia meluahkan rasa sedih dan bersalah apabila jarang meluangkan masa bersama anaknya, apabila pulang, anaknya sudah pun tidur. Dia juga jarang bertemu suami kerana mereka bertugas di hospital berbeza, katanya.

Menariknya, perkenalan antara mereka berlangsung selama empat bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Julia sah bergelar isteri kepada Dziya pada Julai 2018 lalu dalam majlis yang dihadir ahli keluarga dan teman rapatnya.

Bercerita tentang Dziya, Ziela menjelaskan bahawa di matanya, menantunya itu seorang yang baik dan bijak. Malah, perasaan Dziya yang kuat terhadap puterinya itu membuatkan Ziela yakin dengan pilihan Julia.

“Menantuku, kamu dibesarkan dalam keluarga yang berbeza dan kami bersyukur serta berterima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami, tak pernah terlintas ada seseorang yang cukup sempurna dan baik untuk menjadi pasangan kepada puteri kami namun kamu telah membuktikan ianya salah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ziela Jalil (@zielajalil)

“Sebagai ibu bapa, kami hanya mahukan yang terbaik buat anak-anak kami dan dengan kehadiran kamu, kamu sememangnya memenuhi kriteria untuk kebahagian anak kami. Selamat hari jadi, menantuku yang paling hebat!” tulisnya di laman Instagram.

Datuk Ziela Jalil juga turut mendoakan kesihatan buat menantu, anak dan cucunya serta dipanjangkan umur, murah rezeki dan menjadi seorang yang berjaya.

“Mama doakan Allah memberi Al’Afiyahnya utk Faqhran bersama Dgn Julia dan anak2, Alayna & Ameena di Dunia dan Akhirat, di panjang kan umur dlm keberkatan, diluaskan rezeki seluas luasnya, berjaya dan bahagia didunia dan akhirat, mama doa kan semoga Faqhran menjadi anak, suami dan bapa terbaik In Shaa Allah, Aamiin Aamiin Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib”, tambahnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram Ziela Jalil

Apa komen anda?

Be the first to comment on "B0ngkar Rahsia Siapa Sebenarnya Menantu Ziela Jalil!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*