Yasin imam Solat 5 Waktu di Penjara4, Ini Tindakan Terkini Keluarga Yasin Buat Netizen Tak Setuju

“Yasin dalam keadaan baik. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih.”

Demikian kata abang penyanyi, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50, berkenaan keadaan terkini adiknya itu yang kini ditempatkan di Penj4ra Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok g4nja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Zain ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga lain bergilir-gilir melawat Yasin di penj4ra.

“Minggu lepas saya dan ayah pergi melawatnya di penj4ra. Insya-Allah, pada hari raya ini pun nak cuba melawat lagi.

“Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tek4nan, itu yang kami risau sebab dia ada bip0lar. Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh b4nduan lain dan kakitangan di sana.

“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam sembahyang, dia turut mengajar b4nduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Zain berkata dia akan mengusahakan agar dua anak Yasin iaitu Sameer, 18, dan Malaika, 14, melawat bapa mereka.

“Untuk anak Yasin dibawa melawat, insya-Allah saya akan uruskan dalam masa terdekat. Mereka tahu keadaan ayah mereka. Kami sekeluarga sentiasa mengemaskini keadaan Yasin pada mereka.

“Mereka juga sentiasa kirimkan pesanan untuk Yasin. Begitu juga Yasin, yang mana baru-baru ini sampaikan nasihat supaya anak-anak terus tabah dan berjanji akan pulang ke pangkuan mereka,” katanya.

Sementara itu, Zain turut berkongsi dia sekeluarga sudah mendapatkan khidmat pasukan guaman bagi pembelaan kes Yasin.

Disebabkan itu, mereka melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman bagi menampung kos guaman.

“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduh4n yang berat.

“Tabung ini sudah diumumkan di Facebook dua minggu lepas dan baru hari ini di Instagram. Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” katanya.

Keluarga Yasin lancar tabung biaya peguam

Keluarga Yasin Sulaiman melancarkan sebuah tabung bagi mengutip sumbangan ramai yang bertujuan membiayai kos guaman penyanyi berkenaan.

Abangnya, Mohamed Zain berkata, pihak keluarga akan menutup tabung tersebut sekiranya sumbangan yang diterima sudah mencukupi.

Wang boleh disalurkan ke akaun saya iaitu Mohamed Zain Sulaiman dengan akaun nombor 1140 1360 0100 78 (RHB).

“Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman.

“Apabila sumbangan yang diterima mencukupi pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung. Pihak keluarga berterima kasih di atas sokong dan bantuan yang diberikan dalam menghadapi ujian ini,”katanya.

Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda pagar solidarity for Yasin Sulaiman.

Dalam pada itu, ada netizan yang kurang senang dengan pelancaran tabung tersebut

Yasin kini ditempatkan di Penj4ra Sungai Buloh atas dua pertud.uhan meng3dar dan menanam 17 pokok g4nja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://limauasamboi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Yasin imam Solat 5 Waktu di Penjara4, Ini Tindakan Terkini Keluarga Yasin Buat Netizen Tak Setuju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*