Ismail Leon Tanya Mana Bapa, Sekali Jawapan Rihana Petra pada Anaknya buat ramai Sebak

Sempena Hari Bapa, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Petra memberitahu dia menerima soalan yang paling tidak terduga daripada anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, semuanya bermula apabila sekolah anaknya mengadakan sambutan Hari Bapa.

“Mana bapa?” Ismail leon 

Ujar Rihana, seluruh masyarakat di United Kingdom menyambut Hari Bapa semalam. Selain menerima hadiah dari Leon, Rihana turut menerima soalan yang paling sukar untuk dijawab. Jelas Rihana, Leon mula bertanya dimanakah bapanya selama ini. Sebagai ibu tunggal, Rihana merasakan soalan tersebut sangat sukar untuk dijawab.

Saya cuba lari untuk menjawab soalan tersebut. Saya cuba berfikir nak bagi jawapan yang seimbang kepada Leon. Ini kerana, dia seorang sahaja kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa di sekolah tersebut.

Tidak mahu melihat Leon bersedih, Rihana menunjukkan sebuah peta kepada anaknya. Menerusi peta tersebut, Rihana menunjukkan jarak di antara London dengan Malaysia.

Saya beritahu bapa dia tinggal jauh di Malaysia. Bapa dia tak boleh datang.

“Kenapa bapa tidak telefon?” Ismail Leon 

Perbualan di antara ibu dan anak tidak berakhir di situ. Leon mula menyoal soalan seterusnya iaitu kenapa bapanya tidak menghubungi selama ini.

Untuk soalan ini, saya terpaksa memberitahu Leon bahawa di Malaysia tidak mempunyai capaian 5G. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh berhubung di antara satu sama lain. Kalau korang nak tahu, Leon tahu apa itu 5G.

Tambah Rihana, perbualan tersebut ada sedikit kebenaran kerana sebelum dia bercerai dengan bekas suami, mereka ada berbincang mengenai rangkaian 5G di Malaysia. Di akhir posting, Rihana menjelaskan kepada pengikutnya bahawa seorang anak perlu berkomunikasi dengan bapanya walau apa jua sekalipun demi kebaikan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dan kebanyakannya turut bersimpati terhadap Ismail leon dan Rihana sendiri.

Komen Netizen :

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : IG Rihanapetra

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ismail Leon Tanya Mana Bapa, Sekali Jawapan Rihana Petra pada Anaknya buat ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*