Anak Yasin Sulaiman akhirnya dapat lepas rindu, tiga bulan terpisah… Sempat tegur bapa sebelum masuk mahkamah

KEHADIRAN dua anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu bagi memberi sokongan kepada bapanya mencuri perhatian.

Samer, 18 dan Malaika, 14, dilihat hadir bersama bapa saudara mereka, Zain Sulaiman ke mahkamah tersebut bagi mengikuti sebutan semula kes Yasin di dua mahkamah berasingan berkaitan tudvhan menged4r d4dah jenis ganja dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik dipercayai dad4h.

Kedua-dua remaja berkenaan tenang sepanjang berada di mahkamah malah dilihat sempat menyapa bapa mereka ketika penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibawa masuk ke perkarangan mahkamah.

Samer yang tampil berkemeja putih manakala Malaika berbaju putih dan berseluar hijau turut sempat melambai ke arah media yang hadir membuat liputan sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Malaika hadir bersama ahli keluarga yang lain.

Sebelum ini abang kepada Yasin iaitu Zain, 50, pernah memberitahu anak-anak penyanyi itu tabah dengan apa yang berlaku.

Malah Samer dan Malaika tabah menghadapi dugaan menimpa bapa mereka selain menunggu kepulangan Yasin.

Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pertuduhan komposer itu berkaitan menged4r dad4h jenis g4nja seberat 214 gram pada Mac lalu.

Yasin kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah.

Permohonan itu dibuat pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanapiah dihadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Mengikut pertuduhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa menged4r dad4h berbahaya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Bagi pertudvhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup atau g4ntung sampai m4t1 dan jika tidak dihukvm m4t1 hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertuduhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.

Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman sedang berbincang dengan peguam.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa telah menanam 17 pokok dipercayai g4nja di dalam pasu plastik yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesalahan itu didakwa pada waktu, tempat serta tarikh sama, yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin diwakili peguam Arif Azmi, Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Yasin Sulaiman akhirnya dapat lepas rindu, tiga bulan terpisah… Sempat tegur bapa sebelum masuk mahkamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*