Selepas Amelia Henderson,Kali Ini Giliran Idris Khan Pula keluarkam kenyataan ini untuk A.Aida

SELEPAS 24 jam did4kwa bertindak tidak profesional dengan menarik diri pada saat akhir bagi membintangi sebuah drama, pelakon Idris Khan akhirnya tampil membela diri.

Menurut Idris, 34, beberapa d4kwaan dan tudvhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi sidang media yang diadakan oleh penerbit, Datuk A. Aida pada petang Jumaat adalah tidak berasas dan bersifat fitn4h.

“Merujuk kepada perkembangan semasa, saya merasa terkejut dan hairan namun begitu adalah wajar bagi saya membuat kenyataan.

1635007

Penerbit A. Aida (tengah) bersama peguam, Ashmadi Othman (kiri) dan pengarah drama Riza Baharudin.

“Atas nasihat peguam, prosiding undang-undang untuk mendedahkan kebenaran akan diteruskan,” katanya.

Idris berkata demikian menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di Instagramnya pada Sabtu malam.

Pada petang Jumaat, A. Aida memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Idris dan seorang lagi pelakon Amelia Henderson selepas didakwa menarik diri pada saat akhir daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta tanpa sebarang sebab munasabah terbitan syarikatnya, A. Aida Production (AAP).

 

Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup.

IDRIS KHAN

PELAKON

A. Aida dalam sidang media itu menjelaskan terpaksa meneruskan tindakan saman kerana kec3wa dengan sikap tidak profesional kedua-dua pelakon itu sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

Sementara itu, Idris dalam kenyataan sama memberitahu akan menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk ancaman dan buli dalam masyarakat termasuk dalam industri ini.

Dakw4nya, terdapat segelintir pihak yang menggunakan kedudukan dan kuasa dengan memeras ugut agar mengikut rentak mereka atau menanggung akibatnya.

Idris tidak akan berdiam diri.

“Saya akan melawan penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan ini hingga ke akhirnya.

“Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa rezeki datang daripada Allah dan bukan datang daripada tangan bernama manusia.

“Saya tidak akan berdiam diri menghadapi sebarang ancaman yang memperkecilkan peribadi, integriti dan prinsip saya dalam hidup,” ujarnya.

Tambah Idris pihak yang pernah bekerjasama dan mengenalinya sepanjang terlibat dalam industri lakonan boleh mengesahkan komitmen dan etika kerjanya yang tidak boleh dipertikaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Amelia Henderson,Kali Ini Giliran Idris Khan Pula keluarkam kenyataan ini untuk A.Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*