Ditanya Isu Rumah Tangga, Jawapan Dari Noh Salleh Buat Wartawan ‘Koyak’

Lumrah menjadi selebriti, pastinya segala kisah kerjaya dan peribadi akan menjadi perhatian para media. Macam penyanyi kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh yang turut sama tidak terlepas apabila terdapat khabar angin mengenai rumah tangganya yang kini retak.

Tidak hanya berdiam diri, Noh tampil menafikan khabar angin tersebut semasa ditemui oleh media baru-baru ini. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi dari Noh ini yang telah membuatkan ada wartawan yang ‘koyak’ mendengar jawapannya itu.

Menerusi video yang dikongsikan Kosmo Online ini, Noh ditemu ramah oleh para media untuk menjawab mengenai spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina. Penyanyi itu kemudian menafikan khabar angin tersebut sebagai berita palsu semata-mata.

Malah Noh memberitahu dia hanya mengetahui mengenai khabar angin itu semasa ditemu ramah oleh wartawan pada waktu itu. Video itu kemudian menarik perhatian netizen apabila kedengaran salah seorang wartawan yang seakan-akan ‘koyak’ melihat Noh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Bukan hanya ‘koyak’ dengan reaksi Noh malah wartawan itu turut meninggikan suaranya selepas mendengarkan penjelasan dari penyanyi itu. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat video yang dikongsikan ini.

“First time nampak media koyak, biasanya artis je akan macam koyak…”

noh salleh

“Media koyak sambil makan asap.”

media

“Patutnya masa wartawan tu melenting, noh cakap je lahh terasa?”

komen

“Setuju ayat noh. Dia keluar untuk jual hasil seni. Bukan masalah peribadi.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditanya Isu Rumah Tangga, Jawapan Dari Noh Salleh Buat Wartawan ‘Koyak’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*