Bapa Tak Kenal Mr.Pilot Wany Hasrita? Ini Jawapan Padu Dari Wany

Terdahulu, dias4k mengenai persoalan jodoh, penyanyi Cinta Khayalan itu tidak menddahkan identiti kekasihnya yang dikatakan seorang juruterbang namun meng4kui kekasihnya itu sudah dibawa berjumpa dengan ibunya.

“Sebagai ibu, saya pasti sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya ini,” ujarnya.

Ibu Sudah Kenal Kekasi Hati, Bagaimana Dengan Bapa?

 Yang menjadi persoalan rata-rata peminat, ibunya telah pun mengenali lelaki itu tetapi sudahkan Wany membawa kekasih hati berjumpa dengan wali sahnya iaitu bapa kepada Wany Hasrita?

Perpisahan ibu bapa di bangku sekolah bukanlah penyebab Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah belum berumahtangga pada usia sudah mencecah matang.

Sebaliknya wanita kelahiran Cheras, Kuala Lumpur itu meneg4skan segala-galanya sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Diajukan soalan adakah Wany hanya rapat dengan ibunya dan berkemungkinan travma dengan pencera1an ibu bapa kerana belum merancang soal berumahtangga, Wany menjawab dengan tenang.

“Travma? Tidak. Saya tidak pernah travma dengan pengalaman yang dilalui ibubapa.

“Malah ibu tidak pernah mem0m0kkan mengenai liku rumahtangga sebaliknya sering menyatakan jodoh dan ketentuan takdir setiap manusia tidak sama. Mungkin jodoh ibu ayah tidak panjang tapi mungkin nasib saya berbeza.

“Ibu yakin saya boleh mengecap kebahagiaan dengan cara tersendiri.

Meskipun ibu bapa sudah terpisah sejak 18 tahun yang lalu, namun hubungannya dengan bapa tidak pernah terputus. Malah, mereka tetap akrab dan tidak menyimpan dend4m sekelumit pun terhadap lelaki itu.

Akuinya mungkin sebab ibunya tidak pernah lagi berkahwin selepas perpisahan, jadi hubungannya dengna bapa kekal utuh kerana tiada lelaki lain boleh dijadikan tempat untuknya bersandar mahupun bergantung harap.

Wany Hasrita Selamat Bergelar Isteri Kepada Juruterbang

Penuh kejutan, penyanyi popular Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Mohd. Al-Adib Fahmi Harun dengan dua kali lafaz yang berlangsung pada malam Jumaat pada pukul 9.11 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Selepas hampir 12 tahun kenal hati budi, pelantun Belenggu Rindu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.” katanya.

Sudah Kenal Suami Sudah 12 Tahun

Meleraikan tanda tanya ramai mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya yang juga bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata, mereka mula rapat sejak 2019.

“Jika diikutkan, saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi melalui rakan baik saya yang juga sepupunya dan waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi.

“Pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mula mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram dan banyak berhubung di situ.

“Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus rapat dan saling memahami dalam banyak perkara,” kongsinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar, Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bapa Tak Kenal Mr.Pilot Wany Hasrita? Ini Jawapan Padu Dari Wany"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*