Tak Disangka! Satu Lagi Berita Mengejutkan Dari Laudya Cynthia Bella

Ini sedikit lagi info tentang pelakon dan penyanyi dari negara seberang iaitu Laudya Cynthia Bella.

Selebriti berumur 34 tahun dari Bandung ini sedang hangat diperkatakan kerana dikaitkan dengan kisah pernikahan dengan seorang pangeran, orang berada dari Dubai.

Laudya Cynthia Bella menerusi pihak pengurusannya telah pun membuat pengumuman bahawa hal berkenaan adalah tak benar sama sekali.

Masih lagi mengambil pendekatan berdiam diri dan mengunci mulut tentang kisah pernikahan, Laudya Cynthia Bella menjadi sebutan sekali lagi.

Ini gara-gara Laudya Cynthia Bella membuat pengumuman yang mengejvtkan bahawa dia mengundurkan diri dan bersara dari dunia seni.

Pengumuman yang dibuat secara tiba-tiba ini dilakukan menerusi satu kenyataan, yang Laudya Cynthia Bella memberitahu dia memang dah lama memikirkan nak berhenti dari terlibat dalam dunia seni.

Laudya Cynthia Bella hanya meminta para peminatnya untuk mendoakannya.

“Sememangnya dah lama saya sudah memang niat mahu berhenti, tetapi manusia itu kan memang lemah. Semoga saya akan dibantu oleh Illahi.”

“Harapnya dapatlah mendoakan saya. Dengan izin Illahi, tiada filem lagi. Semoga istiqomah. Kali terakhir saya berlakon pun menerusi filem Buya Hamka.”

Filem Buya Hamka dah tamat penggambaran dan bakal ditayankan pada tahun 2023.

Kata Laudya Cynthia Bella, dia mahu berjaya di dunia dan tak lupa juga pada akhirat.

“Saya memang inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Masih banyak yang perlu saya belajar dan akan lalui selepas ini.”

Untuk info, Laudya Cynthia Bella antara selebriti yang mempunyai peminat paling ramai dengan jumlah sebanyak 36juta orang.

Laudya Cynthia Bella pernah berkahwin dengan jejaka dari Malaysia iaitu Engku Emran pada tahun 2017 dan mengumumkan perpisahan pada tahun 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : NT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak Disangka! Satu Lagi Berita Mengejutkan Dari Laudya Cynthia Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*