Dengar Je Aishah Tuntut Hadiah Tanah Lot, Dato Vida Dedah Apa Sebnarnya Yg Jadi ” Rasanya ramai sudah keIiru ini”

” Saya tak ada kaitan pun!”

Itu kata-kata penyanyi dan usahawan kntroversi tanah air, Datuk Seri Vida, 50, yang menarik perhatian ramai.

Vida berkata, beliau berharap ntizen dan orang ramai tidak mengaitkan dirinya dengan kes tuntutan hadiah berupa sebidang tanah melibatkan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Aishah Ariffin.

Asal Aishah buat tuntutan saja orang cari saya

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu tersebut kerana ia melibatkan penaja lain dan bukan dirinya.

” Apa pasal ya? Asal Aishah buat tuntutan saja orang cari saya? Apa hal ini? Saya pun jadi hairan.

” Rasanya ramai sudah keIiru ini. Saya tak ada kaitan pun dengan penajaan berupa sebidang tanah semasa menjayakan program GV4 itu.

Penaja hadiah tanah bukan Vida, tetapi..

” Penaja yang terlibat difahamkan merupakan sebuah syarikat peneraju perumahan.

” Sebelum ini pun, isu antara saya dengan Aishah membabitkan tajaan hadiah barangan kemas. Tetapi, hal itu pun sudah lama selesai.

” Jadi, saya harap, jangan kaitkan dengan saya tentang hadiah tanah itu.

” Saya tiada kaitan. Jangan mengan1aya saya,” katanya kepada UtusanMalaysia, semalam.

Selain itu, kata Vida, sehingga kini sukar untuk dia melupakan isu salah faham pemberian hadiah berupa barangan kemas kepada juara GV4 kerana ia menyebabkan perniagaan kedai emasnya terjejas te-ruk.

Bukan tahap jatuh terduduk, tapi terlentang

” Waktu itu memang terjejas tervk. Bukan tahap jatuh terduduk, tapi terlentang, terguling sebab orang f1tnah saya jual barang kemas palsu.

” Untuk saya bangkit kembali, bukan senang. Tapi, saya yakinkan diri untuk bangun semula di sebalik segala yang terjadi,” katanya.

Vida juga mengaku serik untuk menjadi penaja kepada mana-mana program televisyen setelah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum ini.

Kata penyanyi lagu I Am Me ini, dia mahu lebih tenang dalam menjalankan perniagaannya supaya tidak lagi tersilap langkah.

Serik jadi penaja

” Memang agak serik. Tengoklah, mana ada saya jadi penaja mana-mana program lagi buat masa ini. Tak nak dah terkena macam dulu.

” Saya ambil masa untuk bertenang. Kalau ada yang datang nak saya taja program selepas ini, saya nak tanya apa manfaat yang kita boleh dapat?

” Apa jaminan untuk diri dan perniagaan saya boleh naik? Bukan sekadar nak glamor-glamor lagi.

” Mereka nak cari penaja untuk program mereka, tapi kita sebagai penaja tidak dilayan sepatutnya. Seriklah saya,” katanya.

Terdahulu, Aishah yang menjuarai program GV4 pada tahun 2017 mendakwa sehingga masih belum menerima hadiah berupa sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan oleh penaja.

Berikutan itu, dia terpaksa membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk diselesaikan secara perundangan.

Kemenangan di GV4 juga menyaksikan Aishah membawa pulang wang tunai RM1OO,OOO, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, barangan kemas, baucer membeli-belah bernilai RM6,OOO serta piala.

Aishah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penaja di Instagram.

Terdahulu, pada Julai 2019, Datuk Seri Vida telah memohon maaf secara terbuka kepada Aishah sebagai satu daripada tiga syarat hasil proses mediasi antara kedua-dua pihak di Mhkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Vida memohon maaf atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan bagi program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang beliau akui terkhilaf dalam mengumumkan harga barang kemas itu yang mana ia adalah harga ketika dibeli suatu ketika dahulu.

” Saya membuat permohonan maaf ini selepas mengambil kira segala faktor dan kesan yang mana secara langsung membabitkan beberapa pihak lain terpalit sama dalam kes ini.

” Bagi saya tiada isu kalah atau menang dalam kes ini kerana penyelesaian dicapai melalui proses mediasi di mana kedua-dua pihak berbincang dan secara bersama bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang kemudiannya menjadi ‘perintah persetujuan’ oleh mahkamah,” katanya.

Menurutnya, permohonan maaf itu akan melengkapkan semua tiga syarat yang dipersetujui melalui proses mediasi iaitu menggantikan berlian asli berharga RM80,OOO serta perlu membayar kos peguam Aishah sebanyak RM7,5OO yang perlu dibuat pada atau sebelum 17 Julai ini.

” Proses pembayaran barang kemas yang sudah pun dipilih Aishah sebaik proses mediasi selesaidi kedai emas yang saya cadangkan memerlukan sedikit masa lagi bagi dokumentasi begitu juga dengan bayaran peguamnya.

” Saya difahamkan oleh pihak kedai emas, penyanyi terbabit sudah memilih lima barang kemas yang dikehendakinya dan saya tiada bantahan walaupun ia bukan daripada kategori dipersetujui iaitu emas putih,” katanya dipetik sebagai berkata pada 6 Julai 2019.

Sumber:utusan dan bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dengar Je Aishah Tuntut Hadiah Tanah Lot, Dato Vida Dedah Apa Sebnarnya Yg Jadi ” Rasanya ramai sudah keIiru ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*