W4nita Ini Dkwa Dipksa Bayar RM70k Cecara Tunai, Haris Akhirnya Buka Cerita Sebenar

Kemelut antara stokis dan ejen yang tidak berpuas hati dengan sistem perniagaan produk inai keluaran salah seorang selebriti terkenal tempatan masih belum menemui titik nokhtah lebih-lebih lagi apabila ramai mendakwa pihak pengurusan lepas tangan.

Terbaharu, seorang pengguna TkTok dikenali @partnernunha berkongsi pengalamannya sebagai stokis di mana dia mendakwa telah dipaksa oleh pengasas produk inai tersebut untuk membawa wang tunai bernilai lebih RM70,000 sekiranya mahu mengambil stok di kilang.

Pengguna itu mengatakan mereka dilarang sama sekali untuk membuat sebarang transaksi secara atas talian dan perlu membawa wang tunai seperti yang diminuta sekiranya mahu mengambil stok pada hari pertama.

Bukan pengguna itu sahaja, malah terdapat beberapa stokis berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang sama di mana dia terpaksa membawa RM100,000 secara tunai untuk 5 slot.

Susulan itu, ramai terkejut dan meluahkan ketidakpuasan hati dengan cara perniagaan yang diamalkan pengasas produk tersebut.

Malah, ada yang membuat andaian pengasas tersebut sebenarnya ingin melarikan diri daripada membayar cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada peniaga tempatan.

Tidak cukup dengan itu, ramai meminta pihak LHDN untuk membuat pemantau mengenai hal tersebut.

Jarang nak tunjuk muka, tapi manusia ini dah fitnah company.

Bagaimanapun, suami kepada pengasas produk tersebut iaitu Haris Ismail tidak berdiam diri dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu berkenaan atas tuduhan memfitnah Innai Nunha.

Kami tk paksa bayar cash! -Haris Ismail.

Jelas suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, pihaknya tidak pernah memaksa mereka untuk membuat pembayaran secara tunai sekiranya mahu mengambil produk inai.

Tidak cukup dengan itu, pendakwah bebas selebriti itu berkongsi tangkap layar bukti individu tersebut membuat pembayaran secara atas talian.

Kali ini saya takleh berdiam diri kerana telah dianiaya manusia lain.

Dalam pada itu, Haris memberitahu dia sudah tidak berdiam diri apabila seseorang telah mempermainkan maruah terutama menganiayai manusia lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "W4nita Ini Dkwa Dipksa Bayar RM70k Cecara Tunai, Haris Akhirnya Buka Cerita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*