“Makin Orang Bencii, Makin Dekat Dia Dengan Allah.” Neelofa Anjur Majlis Ilmu Buat Rakan-rakan

Usahawan terkenal Noor Neelofa terkenal dengan sikapnya yang suka mencari dan mendalam1 ilmu. Justeru, tidak ha1ran, Neelofa sering mengadakan majlis ilmu yang dihadiri ahli agama dan rakan-rakan industri seni.

Baru-baru ini, Neelofa, 33, menganjurkan sebuah majlis Hijrah Cinta Bersama Rakan Selebriti yang diadakan di Neo Event Hall, Damansara, pada Jumaat.

Menerusi Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi foto dan video momen sepanjang acara berlangsung.

Dalam hantaran berbeza, bekas hos MeleTOP ini menyatakan ramai lagi rakan artis yang ingin sertai majlis agama tersebut.

Majlis ilmu yang diadakan khas buat rakan-rakan artis yang dahagakan ilmu agama dengan izin Allah. Alhamdulillah syukur.

Ramai lagi rakan artis yang ingin hadir, insya-Allah majlis yang akan datang.

Antara barisan selebriti yang hadir adalah Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Shima Anuar, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan Adriana Adnan.

Video 1:

Video 2:

Video 3:

Sementara itu, menerusi hantaran di TikTok @hijabsbytruelove, rata-rata warganet memuji dengan sikap pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot yang sentiasa berusaha mendekatkan diri biarpun diuji dengan pelbagai ujian.

Di samping itu, ada juga peminat yang ingin menjadikan Neelofa sebagai insan yang patut dicontohi selain berharap agar dapat peluang untuk sama-sama kumpul ilmu.

Komen Netizen:

“Alhamdulillah syukur …mohon diperbanyakan lg majlis2 spt ni …mg Allah permudahkan urusan mereka2 yg hadir …Aamiin yba”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber: TikTok @hijabsbytruelove

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Makin Orang Bencii, Makin Dekat Dia Dengan Allah.” Neelofa Anjur Majlis Ilmu Buat Rakan-rakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*