Mira Filzah Mohon Doa ramai. Ini Keadaan Anaknya yang Merlsaukan

Pelakon Mira Filzah berkongsi saat cemas apabila bayi lelakinya, Wan Khair Amir berusia tiga bulan disahkan positif cvd-19 dua minggu lalu.

Mira berkata, dia mengaku hilang punca dan menangis sebaik mengetahui bayinya itu dijangkiti virus berbahaya terbabit.

“Saya tergerak hati untuk membuat ujian saringan ke atas Amir selepas melihat kesukarannya untuk bernafas dan matanya berair. Selalunya bayi yang masih kecil jarang berdepan dengan situasi sebegitu.

“Kebetulan sebelum ini keluarga saya turut disahkan positif Cvd-19. Enggan mengambil risiko saya terus membuat pemeriksaan dan ternyata Amir juga positif Cvd-19.

“Sebagai ibu saya tak sanggup melihat keadaan Amir ketika menjalani ujian saringan. Kita yang dewasa pun rasa sakit bila hidung kita dijolok, inikan pula bayi berusia tiga bulan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama makanan, Secret Recipe di Ara Damansara, di sini, hari ini.

Meskipun melalui ujian dan pengalaman yang mendebarkan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini reda dan menyifatkan situasi itu adalah norma baharu yang dihadapi oleh sesiapa saja.

“Saya percaya kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang Amir akan terkena juga jangkitan virus ini. “Alhamdulillah Amir tidak mengalami simptom yang teruk dan hanya perlu menjalani kuarantin di rumah saja,” kata Mira yang turut dijangkiti Covid-19 selepas anaknya kembali pulih.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat bergelar ibu pada 10 Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020.

sebagai rekod terdahulu, Pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 3.40 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri suaminya, Wan Emir menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam pengumuman tersebut, Emir atau nama lengkapnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memaklumkan anak mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

“Setinggi-tinggi kesyukuran isteri syurgaku telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Emir turut memaklumkan Mira dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan sihat selain mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Putera sulung kami bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, pasangan itu dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada kenalan artis dan juga peminat.

“Alhamdulillah. Tahniah buat kedua-duanya,” ujar penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Tahniah sayang. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya,” kata pelakon Anzalna Nasir.

“Alhamdulillah. Tahniah Mira dan Emir. Selamat berpantang,” kata seorang peminatnya.

Sumber: Metro

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah Mohon Doa ramai. Ini Keadaan Anaknya yang Merlsaukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*