Sepotong video yang merakamkan alunan suara penyanyi, Mawi dan penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir menjadi perhatian netizen.
Bukan nyanyian, sebaliknya suara merdu itu merupakan alunan bacaan Al -Quran oleh Mawi dan Anas. Rakaman pendek itu dikongsi Mawi dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Sumpah kali ini tak ada sikok bagi duo!,” tulis Mawi ringkas.
Ternyata suara kedua-dua penyampai radio ZAYAN itu membuatkan netizen tergamam.
Tidak hanya tertarik dengan kemerduan suara mereka, netizen juga memuji bacaan harakat, tajwid dan makraj juga disebut dengan baik.
Selain Mawi dan Anas, penyanyi Sharul Kamal juga pernah menjadi viral selepas mengalunkan azan di sebuah masjid di Mesir kerana kemerduan suaranya.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Masyaallah, Merdunya…” Alunan Bacaan Al-Quran Mawi Dan Anas Tahir Buat Netizen Terpaku"