Rakam Senyap-Senyap, Issey Kagum Nabil Ahmad Sempat Ambil Masa Mengaji Di Konti

Penghijrahan pengacara Nabil Ahmad sememangnya mendapat respon positif daripada netizen. Malah, rezekinya tidak pernah putus apabila kini bergelar penyampai radio di Era FM.

Baru-baru ini, rakan sekerjanya Issey Fazlisham ada memuat naik video di TikTok yang diambil secara senyap-senyap ketika berada di konti.

Menerusi perkongsian itu, Issey berkata dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh Nabil pada jam 7 pagi di konti. Dapat dilihat pengacara MeleTOP itu sedang leka mengaji di dalam video yang diambil secara senyap-senyap itu.

Issey turut menyertakan kapsyen mengatakan itu sebabnya mengapa dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.

Video:

@isseyfazlisham

Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA

♬ original sound – JalilRazak – JalilRazak

Perkongsian Issey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Nabil yang tahu mengagihkan masa untuk dunia dan akhirat.

Malah, ada yang mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Nabil itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa mengingati Allah walau dimana sahaja. 

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : sinarviral.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rakam Senyap-Senyap, Issey Kagum Nabil Ahmad Sempat Ambil Masa Mengaji Di Konti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*