Anak Tiri TokTi Rupanya Menantu DS Hishamudin! Ramai Tak Tahu Jejaka Ini Cicit Sultan Yang Tak Didedahkan

Muhd Anas Zawawi adalah seorang ahli perniagaan yang disegani di Malaysia. Pada tahun 2012, dia telah berkahwin dengan Nasha Allysa yang merupakan anak kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tidak seperti adik beradiknya yang lain sering diliputi angin popular, anak sulung Datuk K bersama Tengku Zawiyah ini selesa memilih kehidupan ‘low profile’ dan tertutup dari tatapan orang ramai.

Sebut sahaja nama Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pasti ramai yang mengenali figura pol1tik terkenal tanah air ini. Nama beliau bukan lagi asing dalam arena pol1tik negara bahkan sepanjang hampir 30 tahun pembabitannya, Datuk Seri Hishamuddin pernah memegang pelbagai portfolio dalam barisan menteri kabinet Malaysia antaranya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran, Menteri Belia & Sukan dan timbalan menteri perusahaan utama pada tahun  1997.

Beliau telah disebut-sebut sebagai kemungkinan pengganti kepada sepupunya, Perdana menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961.

Sebelum beliau memulakan kerjaya p0litik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).

Kerabat Sultan Pahang

Di sebalik kejayaan ahli parlimen ini, ada wanita hebat yang bergelar isteri yang sentiasa setia menyokong di belakangnya dan menemani suami tersayang ke mana sahaja.

Kejelitaan yang dimiliki Tengku Datin Seri Marseila Tengku Abdullah ini benar-benar mencuri tumpuan.

Isterinya, Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia. Beliau ialah anak kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar, adinda kepada Sultan Pahang.

Hasil selama perkongsian hidup melebihi 30 tahun, Datuk Seri Hishamuddin dan Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Datin Seri Panglima Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.

Anak sulung Hishamuddin iaitu Nasha Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Ini bermakna Datuk Seri Hishamuddin dan isteri sudah pun mempunyai tiga orang cucu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.viralmy.me/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Tiri TokTi Rupanya Menantu DS Hishamudin! Ramai Tak Tahu Jejaka Ini Cicit Sultan Yang Tak Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*