Wafariena alami keced3raan dipaksa masuk hospital, terkilan dengan pengarah kerana ini

PELAKON Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami keced3raan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.

Bercerita mengenai insiden itu, Wafariena, 26, berkata, badannya mula rasa s4kit selepas diminta melakukan babak berkenaan sekitar pukul 3 pagi di sebuah kawasan hutan yang terletak di Lenggong, Perak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝙶𝚊𝚍𝚒𝚜 𝙱𝚎𝚛𝚍𝚊𝚐𝚞 𝙱𝚎𝚕𝚊𝚑 (@wafarienaroslan)

“Sepatutnya babak tersebut dilakukan oleh pelakon lagak ng3ri tetapi pengrah minta saya buat sendiri. Lepas melakukannya badan saya mula rasa s4kit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak.

wafa 2

Wafa masih menunggu keputusan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.

“Sekitar pukul 6 pagi saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan sunt1kan ubat tahan sak1t namun disebabkan keadaan saya teruk, doktor minta saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Wafariena meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama berkenaan seolah-olah lepas tangan dan tidak ambil peduli tentang kesak1tan ditanggungnya.

Malah kata Wafariena, sehari selepas dia dimasukkan ke hospital, pengarah tersebut juga langsung tidak bertanya khabar tentang keadaan terkininya.

“Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya saya okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan.

Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri

WAFARIENA ROSLAN

PELAKON

“Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak.

“Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri,” luahnya.

Sementara itu, Wafariena berkata, dia kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.

Malah ketika dihubungi, suara pelakon itu juga kedengaran lemah dan tidak boleh berbual lama akibat menanggung sak1t pada bahagian belakang badan sehingga kaki.

KOMEN NETIZEN:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wafariena alami keced3raan dipaksa masuk hospital, terkilan dengan pengarah kerana ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*